in ,

Enam Kumpulan Terus Bersaing Dalam Rentak Juara di TV2

Enam episod bersiaran menyaksikan pertandingan mencari kumpulan muzik terbaik, “Rentak Juara 2017” bermula 11 Mac lalu berjaya menyuntik kesegaran muzik dipersembahkan pemuzik berbakat kepada penonton yang setia mengikuti program ini setiap minggu.

Berdepan dengan tema persembahan berbeza setiap minggu termasuklah episod pengenalan, viral, soundtrack, evergreen, featuring dan rock, kini hanya enam kumpulan iaitu Reuz, Xzotic, The Doubleshoes, Sevendays, Suppermassive, dan Eisara yang masih meneruskan cabaran bergelar juara kepada program yang diterbitkan Unit Hiburan TV RTM ini.

Perjalanan empat kumpulan lagi iaitu Andy & The Mutant Rasta berakhir pada episod evergreen; Dropsynth episod featuring dan dua kumpulan masing-masing iaitu The Lost Chapter, Rockaholicx tersingkir pada episod rock, minggu lalu.  

Pada 15 April lalu bertemakan rock, disiarkan pukul 9.00 malam di TV2, setiap kumpulan bertanding memberikan persaingan hebat menyampaikan lagu-lagu asal kumpulan rock 80-90an yang dipersembahkan dengan rentak suntikan segar mereka sendiri.     

Kumpulan SuperMassive menyampaikan lagu “Penantian” nyanyian asal Blackrose, Reuz menyerlah dengan lagu “Cinta Bandar Tasik Selatan”, Thedoubleshoe membawakan lagu “Dari Sinar Mata”, Xzotic lagu “Tiara” dan Eisara lagu “Takdir Dan Waktu”. Dua kumpulan lagi Rockaholicx dengan lagu “Pusara Di Lebuhraya” dan The Lost Chapter membawakan lagu “Tika Dan Saat Ini”.

Bersama gandingan pengacara Nadzmi Adhwa dan Lokman Hafidz, artis jemputan minggu lalu kumpulan Sofarz.

Usah ketinggalan menyaksikan persaingan enam kumpulan; Reuz, Xzotic, The Doubleshoes, Sevendays, Suppermassive, dan Eisara dalam episod seterusnya dengan tema yang lebih mencabar lagi pada 22 April ini, pukul 9.00 malam di TV2. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RAIKAN NUR ISLAM Tema Program Syahadah Musim Ke 12

Video Trailer THOR: RAGNAROK Trending di Youtube Malaysia