in

Empat Sebab Kenapa Dato’ Siti Nurhaliza Punya Ramai Peminat

Artikel ini Budiey petik dari Facebook milik kelab peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza di mana mereka meminta kalian semua share. Jom baca ni, mereka senaraikan kenapa penyanyi ternama ini digemari ramai dan punya peminat yang cukup setia.

Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia hiburan, beliau telah memenangi pelbagai anugerah baik dalam dan luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002.

Penyanyi yang cantik ini memiliki ribuan peminat setia yang juga menjadi tunjang kejayaan beliau.

Tiket Konsert Unplugged Siti Nurhaliza yang diadakan baru-baru ini telah mendapat sambutan luar biasa. Kesemua tiket habis dijual! Ternyata penyanyi ini masih diterima peminatnya walaupun sudah dua dekad dalam dunia hiburan tempatan.

Sempena ulang tahun ke-20 penglibatan beliau dalam dunia seni, mari kita lihat empat sebab mengapa Siti begitu disayangi oleh rakyat Malaysia.

#Bakatyanghebat

Tidak dapat dinafikan Dato’ Siti Nurhaliza ialah seorang penyanyi yang diberkati dengan bakat yang hebat. Siapa yang tidak menggemari nyanyian Siti? Hampir semua lagu Siti berjaya menarik perhatian pendengar dan kegemilangannya bukan sahaja di negara kita malah juga di luar negara.

#Rajindantidakberputusasa

Siti membuktikan bahawa kejayaan seseorang tidak hanya bergantung kepada pendidikan yang tinggi. Walaupun Siti tidak memperoleh ijazah, perkara ini tidak menyebabkan beliau untuk berputus asa sebaliknya berusaha untuk mencapai sesuatu dalam kehidupannya. Kemenangan Siti dalam pertandingan Bintang HMI 1995 telah menjadi titik permulaan kerjaya seninya. Dengan usaha yang gigih, kini Siti menerima gelaran Dato’ dan menjadi seorang usahawan terkenal dengan jenamanya sendiri SimplySiti.

#Berbudibahasa

Penyanyi ini tidak pernah berhadapan dengan kontroversi dan sekalipun terpalit cerita yang kurang enak mengenainya beliau bijak menangkis serangan dengan jawapan bernas kepada wartawan. Walau kini berada di puncak kejayaan, Siti tidak pernah bersikap angkuh. Siapa yang tidak sayang kepada artis yang berbudi bahasa seperti Siti?

#Parasrupayangcantik

Siti Nurhaliza berperawakan menarik, cantik dan manis! Tak jemu kita memandang wajahnya. Dengan paras rupa yang manis dan suara yang merdu, penyanyi ini berjaya menawan hati peminatnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dan Ini Vlog Pertama Yuna – Jawab Soalan Peminat

Ulasan Penonton Filem THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR