in

Dan Ini Vlog Pertama Yuna – Jawab Soalan Peminat

Maka sudah selesai lah Premiere With Budiey semalam. Fuuuh! Tiga filem sekali harung. Untung betul jadi Budieyators. Asyik dapat tiket premiere percuma je kan? Agak mengejutkan apabila ramai yang menyukai filem Mr. Right. Komedi yang sensual, dirty dan seksi kata mereka. Harap korang semua berpuas hati dengan filem tontonan kalian dan terus memberikan komen dan ulasan tentang filem yang korang tonton semalam.

Pagi ni, yang jadi viral dan agak kecoh di sosial media bila nilai hadiah yang diterima pemenang juara program Junior Cycling Malaysia (JCM) hanya RM30. Hmmm, korang bayangkan. Banyak komen dari netizens.

Tak nak cakap panjang tentang hadiah RM30, sebab hari ini, semasa menonton beberapa video terbaru di Youtube, Budiey terjumpa satu video terbaru di saluran Youtube Yuna. Wah, Yuna sekarang dah mula buat vlog. Waaah… Baguslah, mesti ramai peminat excited nak tengok apa yang Yuna buat sekarang ni kan?

Screen Shot 2016-04-14 at 8.43.18 AM

Menurut Yuna dalam vlognya, album terbaru Yuna berjudul CHAPTERS akan dilancarkan pada 29 Mei 2016. Muzik video terbaharu dari Yuna kolaborasi bersama Usher berjudul CRUSH akan dilancarkan di saluran Youtube Yuna tak lama je lagi. Nantikan je lah.

Untuk vlog pertama, Yuna menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh peminat di Twitter. Sebelum tu, Yuna ada bertanyakan soalan dan meminta peminatnya bertanya apa sahaja dan jumlah soalan yang diterima boleh dikatakan banyak juga ya. Lebih kurang 800 soalan diajukan. Yuna sempat menjawab beberapa soalan yang menjadi kegemarannya dalam vlog pertama ini.

Antara soalah yang menarik, ada yang bertanyakan tentang perkahwinan Yuna nanti, cita-cita Yuna dan macam-macam lagi. Budiey tak nak cerita lebih lanjut tentang apa jawapan dari Yuna sebab kenalah tonton vlog pertama Yuna kat atas ni.

Ooohh dan hari ini adalah hari cuti sebab Budiey tidak ada event untuk dihadiri. Hari ini nak siapkan beberapa advertorial untuk client sementara itu Budiey tengah merancang travelogue bersama Cyrill di Korea! Yeah! Kami akan ke Korea nanti!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanya Dua Sebab Mengapa Anda Kena Tonton Telemovie LAGU HIDUP

Empat Sebab Kenapa Dato’ Siti Nurhaliza Punya Ramai Peminat