in ,

Emma Maembong Sedih Selepas Putus Cinta Zizan Razak

Pelakon Emma Maembong mendedahkan perpisahannya dengan pelawak Zizan Razak pada awal Januari lalu memberi kesan mendalam pada dirinya sehingga dia mengambil masa lebih sebulan untuk memulihkan diri.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, bagaimanapun menyifatkan ia antara pengalaman dan kitaran hidup yang dilalui selain perlu belajar meneruskan aktiviti seperti biasa.

“Siapa yang tidak terkesan apabila kita dan pasangan rancang untuk kahwin tetapi hubungan tidak menjadi. Saya bukannya robot.

“Apa-apapun bagi saya ini adalah kitaran hidup di mana sesuatu yang kita sayang di dunia ini tidak akan kekal. Malah ibu dan ayah kita juga satu hari nanti akan meninggalkan kita,” katanya kepada mStar Online.

Emma menerusi laporan akhbar pada awal Januari lalu mengesahkan bahawa hubungannya dengan pelawak Zizan Razak sudah pun berakhir namun dia enggan bercerita lanjut punca perpisahan itu.

Sementara itu, Emma berkata, dia bersyukur kerana ketika hatinya dibelenggu rasa sedih, keluarga dan rakan-rakan terdekat sering memberi sokongan dan semangat untuk dia meneruskan kehidupan seperti biasa.

Malah pengarah Micheal Ang turut membuatkan dia lupa dirinya sedang kecewa dengan menawarkan pelbagai kerja lakonan sehingga kini.

“Mujurlah sejak perpisahan itu, saya sentiasa sibuk dengan penggambaran. Micheal Ang banyak beri saya tawaran berlakon. Jadi tak adalah terasa sangat.

“Alhamdulillah, kerjaya lakonan juga semakin kukuh dan apa yang telah berlaku sebelum ini membuatkan diri lebih matang,” ujarnya.

Emma kini dikaitkan bercinta pula dengan pelakon Kamal Adli.

Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatta Dolmat Tawar Jualan Diskaun Sehingga 70% Sempena Aidilfitri

CYRILL HASSAN

Berjimat Cermat Lebih Mudah Dengan Skim U MicroCredit dari U Mobile