in , ,

Hubungan Dengan Kamal Adli Bergolak Lagi, Emma Maembong Enggan Beri Komen

ATMOSFERA dunia hiburan tanah air tampak seperti tidak akan surut dengan kisah cinta pasangan, Emma Maembong dan Kamal Adli yang cukup manis dan menjadi kegemaran para peminat.

Namun, sesungguhnya yang manis itu tidak akan selamanya indah. Kadang kala pasti ada juga pahit yang akan melanda menguji kasih sayang, kesetiaan dan cinta.

Hubungan Didakwa Bergolak, Emma Enggan Beri Komen

Baru-baru ini kedengaran kisah pergolakan hubungan pasangan ini menerusi laporan beberapa portal hiburan, sehingga timbul tanda tanya dalam kalangan peminat apabila nama pelakon, Zahirah Macwilson turut dipetik.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Embong berkata dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan dengan pelakon lelaki berkenaan buat masa ini.

Sebaliknya, pelakon berusia 25 tahun ini meminta agar persoalan itu diajukan kepada Kamal dan Zahirah.

“Maaf, buat masa ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

Hubungan Didakwa Bergolak, Emma Enggan Beri Komen

“Sebarang persoalan mengenai status hubungan kami boleh diajukan kepada Kamal atau Zahirah,” katanya dipetik BH Online.

Berikut adalah jawapan Emma apabila diminta untuk mengulas mengenai posting terbaru yang dimuat naik oleh Kamal baru-baru ini.

Menerusi posting berkenaan pelakon lelaki itu meminta agar semua pihak dapat mendoakan perkara yang terbaik buat hubungan mereka berdua.

Secara tidak langsung, entri itu mencetuskan tanda tanya orang ramai kerana Kamal seolah-olah memberi ‘hint’ bahawa sesuatu yang buruk sedang melanda hubungan berusia tiga tahun itu.

Hubungan Didakwa Bergolak, Emma Enggan Beri Komen

Dalam pada itu, penjelasan Emma yang memetik nama Zahirah dalam kenyataan ringkasnya itu telah membuat keadaan menjadi semakin ‘panas’.

Difahamkan, Kamal dan Zahirah sebelum ini telah mencuri perhatian ramai menerusi drama berjudul Duda Pujaan Dara yang pernah ditayangkan di sebuah saluran televisyen berbayar baru-baru ini.

Hmmm, mungkinkah Emma sudah terasa hati dengan sikap Kamal? Apa-apa pun kita tunggu sahaja penjelasan daripada Emma sendiri dan doakan yang baik-baik buat pasangan ini!

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Watie Sadali Hanya Mampu Bayar RM2,500 Sebulan

Betul Ke Anita Sarawak & Suami Jual Kediaman Di Las Vegas?