in , ,

EMERGENCY DECLARATION Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Kurang 4 Hari

Tahniah! Filem thriller baharu Emergency Declaration, berjaya mendominasi box office Korea Selatan. 

Menurut Majlis Filem Korea, Emergency Declaration secara rasmi telah melepasi 1 juta penonton filem di box office Korea setakat 6 Ogos pukul 2:30 petang, waktu KST – kurang daripada empat hari selepas tayangannya pada 3 Ogos. 

Ia melepasi 1 juta penonton filem pada kadar yang sama seperti filem popular Hollywood, Top Gun: Maverick dan filem prekuel Hansan: Rising Dragon.

EMERGENCY DECLARATION Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Filem itu juga mengikuti rapat di belakang Exit dan Ashfall, yang mencapai rekod yang sama dalam tempoh tiga hari.

Diarahkan oleh Han Jae Rim, Emergency Declaration mengikuti malapetaka yang belum pernah terjadi sebelumnya apabila sebuah penerbangan menerima ancaman dari pengganas. Filem bencana itu dibintangi Song Kang Ho, Jeon Do Yeon, Lee Byung Hun, Kim Nam Gil, Im Siwan, Kim So Jin dan Park Hae Joon.

Song Kang Ho memegang watak In Ho, seorang detektif veteran yang menyiasat ancaman itu, manakala Jeon Do Yeon melakonkan watak Sook Hee, seorang jeneral yang bekerja di Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan. Lee Byung Hun memainkan peranan sebagai bapa Jae Hyuk yang prihatin dan fobia menaiki pesawat yang berada dia atas kapal terbang untuk pergi mendapatkan rawatan untuk anak perempuannya yang sakit. 

Kim Nam Gil memainkan watak Hyun Soo, pegawai pertama yang bertugas di kapal terbang, dan Im Siwan memainkan watak penumpang pesawat misteri Jin Seok. Park Hae Joon melakonkan watak Tae Soo, ketua pusat pengurusan krisis kerajaan, manakala Kim So Jin memainkan watak pramugari Hee Jin.

Emergency Declaration kini ditayangkan di pawagam tempatan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baik Buruk Saya Akan Tanggung, Elyana Akui Tidak Lagi Berhijab

Telco Diberi Masa Sehingga Hari Ini Untuk Terima Syarat Pelancaran 5G