in ,

Elvira Juara Mentor Otai Pertama

ELVIRA KINI RM100,000 LEBIH KAYA!

Antara protégé yang disegani dan pernah menduduki di tangga dua terbawah pada minggu ketiga Mentor Otai, Elvira kini muncul sebagai Juara Mentor Otai yang pertama menundukkan rakan-rakan seperjuangannya Azee (Naib Johan), Alina (ketiga) dan AJ (keempat). Dengan kemenangan itu, Elvira membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 serta trofi Mentor Otai pada malam Ahad lalu.

MENTOR OTAI / ELVIRA

Elvira telah mempersembahkan lagu ‘Bukan Dia Tapi Aku’ secara solo dan ‘Nur Nilam Sari’ secara duet bersama Azlan Typewriter. Kedua-dua persembahannya itu telah menambat hati majoriti juri awam yang terdiri daripada wakil industri hiburan tanah air dan meraih 19% undian.

Menurut juri tetap Mentor Otai, Edry Abdul Halim, “Sememangnya saya amat minat dengan nada suara Elvira semenjak konsert pertama lagi. Tambahan pula, selain daripada persembahan-persembahannya yang sentiasa bertenaga, Elvira kreatif dan mempunyai originalitinya sendiri. Elvira pandai mengubah susunan lagu asal menjadikan lagu itu lagunya sendiri. Itu yang menjadikan Elvira layak digelar Juara Mentor Otai ini.”

Menurut Mentor kepada Elvira, Misha Omar, “Perjalanan saya sebagai mentor dalam program ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga buat saya. Terutamanya kerana hubungan saya dengan Elvira seperti ibu dan anak. Kami begitu rapat sehinggakan setiap jatuh bangun Elvira dalam program ini dapat saya rasakan. Terutamanya apabila Elvira pernah menduduki tempat kedua terbawah pada konsert kedua (minggu ketiga) suatu ketika dahulu. Namun, pada malam ini, Elvira telah ketepikan semua tenaga negatif dan mempelajari setiap kesilapannya sehingga saya berasa amat berbangga dengan Elvira. Saya harap selepas Mentor Otai ini, Elvira tidak akan berhenti menyanyi dan terus belajar. Kepada penyokong Elvira, teruslah menyokong karier Elvira, kerana Elvira mampu pergi jauh lagi.”

AJ dan Faradhiya

Pada malam itu, Azee (protégé Zarul Husin) telah merangkul gerlaran Naib Juara Mentor Otai dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 serta trofi. Manakala Alina (protégé Siti Sarah) telah mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM20,000 serta trofi meninggalkan AJ (protégé Tam Spider) jatuh ke tempat keempat dan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Menyingkap kembali Pentas Akhir Mentor Otai pada malam itu, suasana studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam amat meriah. Terutamanya dengan persembahan Kugiran Masdo sebagai pembuka tirai dengan lagu mereka, “Bercanda dan Mas Mona”. Kemudian, Pentas Akhir Mentor Otai diteruskan dengan persembahan protégé – protégé seperti dalam jadual dibawah:

PROTEGE LAGU (SOLO) LAGU (DUET) ARTIS JEMPUTAN
Alina

(Siti Sarah)

Terasing

(Sudirman)

Fatwa Pujangga

(Said Effendi)

Liza Hanim
AJ

(Tam Spider)

Rindu Bertandang Lagi

(Hattan)

Mendung Tak Bererti Hujan

(Deddy Dores & Ella)

Farahdhiya
Azee

(Zarul Husin)

Gubahan Lagu Puisi Syahdu

(Fauziah Latiff)

Dua Insan Bercinta

(Ella)

Syamel
Elvira

(Misha Omar)

Bukan Dia Tapi Aku

(Judika)

Nur Nilam Sari

(Search & Awie)

Azlan Typewriter

Sementara itu, persembahan penutup Pentas Akhir Mentor Otai akan disampaikan oleh Saleem dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’.

Kesemua persembahan protégé telah diadili oleh juri tetap, Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan mereka. Markah mereka akan ditambahkan pula dengan 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian melalui laman web www.xtra.com.my/mentorotai.

Para penonton telah mengambil bahagian dalam menentukan pemenang Mentor Otai ini dengan menjadi pengadil persembahan protégé Mentor Otai. Para penonton telah mengadili persembahan para protégé melalui undian atas talian bermula pukul 6.00 petang sehingga diumumkan waktu talian undian ditutup. Dengan melayari www.xtra.com.my/mentorotai, seorang penonton boleh mengundi sebanyak tiga kali, tidak kira mana-mana protégé. Contohnya, mereka boleh mengundi Azran sebanyak tiga kali, atau meletakkan satu undian untuk Azran, Elvira, dan Alina.

Bersama Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Mentor Otai diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai. Program ini juga mendapat sokongan geng media seperti Geng Media Online BH Online dan Oh! Bulan, serta Geng Strim Live HD tonton.

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Pentas Akhir Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada hari Jumaat, pukul 9.30 pagi di TV3 atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my).

Lan Typewriter & Elvira

Haziq & Elly Mazlein

Elvira

MENTOR OTAI / ELVIRA

Azee

Pengumuman Elvira sebagai Juara

MENTOR OTAI / ELVIRA

Liza Hanim & Alina

Azee & Syamel

Alina dan Sarah

AJ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang Filem VETERAN

Firdaus Nadxaman Kini Penerbit Filem