in , ,

Elly Mazlein Kini Mulai Berehat Seketika, Bakal Timang Anak Lelaki

Penyanyi Elly Mazlein dikhabarkan sudah mula bercuti dan menghitung hari menunggu detik kelahiran cahaya mata keduanya. Pastinya Kak Lina Pom Pom dah tak sabar untuk menimang anak.

Kak Lina Pom Pom dikhabarkan kini sedang sarat hamil sembilan bulan menerusi hantaran dalam Instagramnya memberitahu bakal melahirkan seorang bayi lelaki, jadi beliau mengumumkan berehat seketika daripada karier seninya.

Bakal Timang Anak Lelaki

Elly yang berasa teruja turut mengumumkan bakal cahaya mata kedua itu berjantina lelaki. Berdasarkan kenyataannya, Elly memberi bayangan akan bercuti sehingga hujung tahun ini.

“Terima kasih MeleTOP sudi jemput Kak Lina malam tadi (Rabu). Ada rezeki insya-Allah kita jumpa tahun depan.

“Dengan ini, Kak Pom dan cuti rehat tunggu baby boy mama lahir di dunia. insya-Allah… Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama,”

– Elly Mazlein
Elly Mazlein Kini Mulai Berehat Seketika, Bakal Timang Anak Lelaki

Pada perkongsian tersebut, Elly, 41, turut memuat naik beberapa keping foto dirinya yang baharu sahaja selesai mengacarakan sebuah program hiburan buat kali terakhir sebelum menghentikan seketika aktiviti seni bagi memberi laluan terhadap ‘orang baharu’ yang bakal dilahirkan.

Mohon Doa dari Peminat

Elly juga memohon agar kenalan dan peminat dapat mendoakan dipermudahkan proses kelahiran anaknya.

“Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,”

– Elly Mazlein

Julai lalu Elly pernah menarik perhatian umum dengan satu hantaran Instagram apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan dua buah katil yang dibeli untuk anak-anaknya.

Dalam foto tersebut, Elly membeli dua buah katil iaitu berwarna merah jambu dan biru sekali gus pengikutnya mula membuat andaian bahawa jantina bayi yang bakal dilahirkan ialah lelaki.

Elly mendirikan mendirikan rumah tangga keduanya dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama pengarah Azmi Hatta,, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia, 5.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizi Kirana Rancang Bawa Yusuf Bahrin Berjumpa dengan Bapa Kandung

“Afnan Tunggu Kami di Syurga,” Anak Azmi Saat Yang Baru 3 Hari Dilahirkan Meninggal Dunia