in ,

Elly Mazlein Dalam Drama RANJAU BERDURI Di TV2

Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) sedia berkongsi kisah suka duka dalam drama melayu yang penuh dengan pengajaran menerusi slot KOSSANDRA bertajuk Ranjau Berduri yang akan ditayangkan pada 21 Jun, ( Selasa ) jam 10.00 malam di TV2.

Kebahagiaan tidak semestinya dinikmati selama-lamanya andai hidup ini sering dibelenggu peristiwa pahit. Begitulah apa yang dirasai oleh seorang gadis bernama Zubaidah yang terpaksa menyimpan rahsia sulitnya dek peristiwa hitam yang hampir memusnahkan hidupnya . Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) sedia berkongsi kisah suka duka dalam drama melayu yang penuh dengan pengajaran  menerusi slot KOSSANDRA bertajuk Ranjau Berduri yang akan ditayangkan pada 21 Jun, ( Selasa ) jam 10.00 malam di TV2.

Ranjau Berduri_Elly&Almy

Dengan barisan pelakon drama yang hebat, kali ini Elly Mazlein menyandang watak sebagai Zubaidah seorang gadis kampung yang naïf dan amat sinonim dengan dirinya yang lemah lembut serta penuh kesopanan. 

Kisah bermula sewaktu Zubaidah dan adiknya Aliah lakonan Almy Nadia ditinggalkan oleh bapanya yang berkahwin lain setelah kematian ibu mereka. Zubaidah terpaksa berhenti sekolah untuk mengambil alaih tugas neneknya demi mencari sesuap nasi.

Suatu hari sewaktu Zubaidah keluar menoreh getah, dia diserang oleh seorang pemuda kampung yang cuba untuk merogolnya hingga menyebabkan kematian.  Malang  terus menimpa Zubaidah apabila dia pulang ke rumah dan mendapati neneknya sudah meninggal dunia.

Kesedihan terus menyelubungi dia dan adiknya. Sedang dalam kesedihan, Zubaidah didatangi oleh anggota polis untuk menahannya atas kesalahan membunuh. 

Ranjau Berduri_Elly&Fizz

Di pusat tahanan Zubaidah menjalani hukuman pemulihan dan dia cuba menyesuaikan diri. Sikapnya disenangi oleh warden dan para penghuni di situ, maka Zubaidah dilepaskan lebih awal dari tempoh sebenar tahanan. Zubaidah berjaya memperolehi kerjaya sebagai setiausaha di sebuah syarikat milik Tuan Iskandar.

Kebetulan anak Tuan Iskandar, Johan baru pulang dari pengajiannya di London. Johan terpesona dengan sikap Zubaidah yang sopan dan lembut. Hubungan Johan dan Zubaidah semakin akrab dan mula disenangi oleh keluarga Johan.  

Namun, kebahagiaan tidak semestinya dikecapi selamanya, Zubaidah didatangi oleh musuh lamanya dari kampung untuk mengugut dan memecahkan rahsianya.

Apakah kesudahan kisah Zubaidah yang sering dihimpit pelbagai dugaan dalam hidupnya? Saksikan Ranjau Berduri menerusi slot KOSSANDRA dengan penampilan dramatis hebat Elly Mazlein, Fizz Fairuz,Almy Nadia, Rosnah Johari,Dato’ Ahmad Tamimi Siregar,Ruminah Sidek dan Tunku Tiara Yasmin Sofia pada 21 Jun, Selasa jam 10.00 malam di TV2.

Ranjau Berduri_TunkuTiara&Fizz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ning Baizura di Malam Universal & Showcase 2011

Sinopsis Drama BIAR RINDU BERLALU Lakonan Nabila Huda