in , ,

Ellie Suriati Gesa Kerajaan Kenakan Lesen Untuk Pemilik Saluran Youtube

Baru kecoh beberapa minggu lepas tentang isu kerajaan ingin mewajibkan penerbit filem dan pengguna media sosial yang memuat naik video di pelbagai platform supaya mendapatkan lesen FINAS, hari ini muncul pula isu baru.

Menurut Malaysiakini, pelakon dan pengarah, Ellie Suriati Omar telah mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

Antara lain, kata pengarah dan pelakon itu, akta tersebut perlu dirombak semula demi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air.

Antara penambahbaikan yang perlu disegerakan ialah dengan mengenakan lesen untuk pemilik saluran YouTube kerana golongan tersebut menjana pendapatan lumayan daripada platform berkenaan.

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.

“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,”

– Ellie Suriati

Sedia maklum bahawa dia akan dikritik atas saranan tersebut, Ellie walau bagaimanapun tidak kisah kerana tidak tahan melihat penggiat seni sering menjadi mangsa keadaan.

“Sekiranya mereka ingin mengecam saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut.

“Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif,” katanya.

– Ellie Suriati

Tambah Ellie lagi, perkara yang paling dikesalinya ialah terdapat pemilik saluran YouTube yang menggunakan kemudahan itu untuk mengkritik filem tempatan hingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan.

“Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah.

“Industri kita bukan macam Hollywood, 10 peratus saja penggiat filem yang kaya dan selebihnya kategori B40,”

– Ellie Suriati

Bagaimanapun, kata Ellie saranan berkenaan bukan untuk dikuatkuasakan ke atas pengguna Facebook mahupun TikTok.

Terdahulu, Saifuddin mengundang perhatian ramai selepas mengumumkan lesen daripada Finas diperlukan dalam semua bentuk penggambaran, rakaman media sosial peribadi semasa berhujah pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada 23 Julai lalu.

Selepas menerima pelbagai kecaman dia memberi jaminan bahawa undang-undang itu tidak akan dikenakan terhadap pengguna media sosial sama ada di TikTok, YouTube atau platform lain.

Saifuddin juga berkata, Akta Finas perlu ditambah baik supaya bersesuaian dengan kehendak semasa.

Pada sidang media sama, Ellie turut menyuarakan harapan agar Seksyen 233 dan 221 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 juga dibaik pulih.

Bagi Ellie, paling dikesali terdapat pemilik saluran YouTube yang menggunakan kemudahan itu untuk mengkritik filem tempatan hingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan.

“Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah.

“Industri kita bukan macam Hollywood, 10 peratus saja penggiat filem yang kaya dan selebihnya kategori B40,” katanya.

– Ellie Suriati

Pelakon Spinning Gasing itu menjangkakan Gabung Anak Seni yang dinaungi pelbagai lapisan karyawan dan pemain industri tanah air itu akan menyerahkan memorandum berkaitan isu dibangkitkan dalam masa terdekat kepada badan-badan kerajaan agar dapat memperkasakan pembangunan hiburan tempatan.

“Memorandum akan diserahkan kepada SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Kita perlukan bantuan badan-badan berkenaan dengan kadar segera kerana muncul kes terbaru membabitkan karya anak tempatan yang memerlukan perhatian segera,” katanya. 

– Ellie Suriati

So apa pendapat korang? Setuju ke tidak? 

Sumber: Malaysiakini

Syor lesen untuk pemilik akaun YouTube

Syor pemilik akaun YouTube termasuk individu yang dianggap menjana pendapatan lumayan ‘atas angin’ diwajibkan memiliki lesen, menjadi antara cadangan dikemukakan kumpulan menggelarkan diri mereka, Gabung Anak Seni (GAS) kepada kerajaan.

GAS yang diterajui pelakon, pengarah dan penerbit, Ellie Suriaty Omar memberitahu, memorandum cadangan penambahbaikan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998, akan dikemukakan kepada pihak berkepentingan, secepat mungkin.

Ellie berkata, memorandum itu akan diserahkan kepada FINAS, SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) berikutan akta sedia ada tidak lagi relevan dalam melindungi hak dan kepentingan industri perfileman negara.

Ellie berkata, langkah mewajibkan pemilik akaun YouTube memiliki lesen mampu mengelak lebih ramai selebriti menjadi mangsa apabila dipergunakan YouTuber.

“Saya tidak kisah dikecam apabila menggesa kerajaan menyegerakan pengeluaran lesen bagi pengguna media sosial terutama YouTube. Orang di luar tidak tahu kesan yang terpaksa pemain industri hadapi akibat YouTube.

“Ramai Youtuber muda yang berjaya dengan kreativiti kandungan mereka hingga menjana pendapatan lumayan. Namun, ada antara mereka mengambil kesempatan daripada selebriti untuk mengaut keuntungan,

“Ramai rakan saya sudah menjadi mangsa. Jadi, saya tidak mahu lebih ramai lagi yang terkena namun tidak dapat apa-apa faedah.

– Ellie Suriati

“Jadi, di mana hak kami golongan yang dipergunakan ini?” katanya kepada BH Online.

Ellie menambah, ketika isu lesen FINAS hangat diperkatakan, pemilik akaun YouTube membangkitkan soal bayaran RM50,000 yang didakwa perlu dijelaskan kepada perbadanan itu bagi syarat pemilikan lesen.

Ellie mendakwa, ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja memutar belitkan fakta untuk menimbulkan kekecohan. Jelas Ellie, jumlah bayaran dimaksudkan adalah bagi individu yang berhasrat menubuhkan syarikat berstatus ‘sendirian berhad’.

“Sebenarnya, produser hanya dikenakan RM2,500 untuk lesen penggambaran, tayangan, pameran dan pengedaran. Jadi, janganlah mengarut mendakwa mereka dikehendaki membayar RM50,000 untuk mendapatkan lesen.

“Kita tidak menghalang karya kreatif, malah kami tidak nafikan, ia adalah usaha yang baik. Tetapi apabila mereka menggunakan hak cipta dan kandungan kreatif tanpa meminta kebenaran kami, tidakkah mereka fikir kesannya kepada kami (penggiat seni)?” katanya.

– Ellie Suriati

Selain itu, kata Ellie, syarat lesen membolehkan kerajaan memantau kandungan dimuat naik pemilik akaun YouTube.

“Jadi, langkah ini akan mendorong pemilik akaun YouTube lebih bertanggungjawab dan tidak memuat naik video yang boleh mendatangkan kemusnahan kepada negara,” katanya.

– Ellie Suriati

Sementara itu, Ellie turut menyentuh isu pemilik akaun YouTube gemar mengkritik filem tempatan melalui platform itu.

Bagi Ellie, mereka tidak berhak berbuat demikian kerana tidak mempunyai kelayakan atau skil sebagai pengkritik filem.

Apa yang dikesalkan, dakwa Ellie, tindakan mereka mendatangkan kerugian kepada penerbit, pelakon dan pekerja filem.

Ellie mendakwa, apabila perkara seumpama itu dilaporkan kepada polis, tiada tindakan susulan diambil.

Lebih memburukkan keadaan, tambah Ellie, penerbit filem terus berdepan dengan isu cetak rompak yang tidak berkesudahan selain aktiviti melalui platfrom e-dagang di mana filem dijual pada harga serendah RM1 untuk tontonan.

Ellie berkata, apa yang menggusarkan, penggiat seni tidak tahu pihak mana yang perlu diaju setiap kali berdepan permasalahan itu. Apabila laporan polis dibuat, dakwa Ellie, pihak berkuasa memberi alasan mereka hanya boleh bertindak jika membabitkan kedai fizikal, bukan platform digital.

“Memang kita ada Akta SKMM dan Akta Hasutan 1948 di mana kita boleh membuat aduan berkaitan hasutan. Namun, kita perlukan akta yang lebih kuat agar hak kami dapat dipertahankan.

“Penggiat seni masih keliru hendak tuju ke mana jika membabitkan hasutan dan cetak rompak melalui e-dagang.

“Jadi, penggiat seni buntu. Kami mahu kerajaan buat penambahbaikan terhadap kedua-dua akta itu agar warga seni tahu ke mana hendak dituju apabila berdepan kemusykilan membabitkan hasutan di laman sosial dan cetak rompak melalui e-dagang,” katanya.

– Ellie Suriati

Ellie berkata, industri perfileman di Malaysia bukanlah seperti Hollywood.

“Di Malaysia, hanya 10 peratus penggiat industri yang kaya. Mereka yang lain semuanya dalam kelompok B40.

“Penerbit bikin filem menggunakan duit sendiri. Malah, ada yang sanggup membuat pinjaman bank. Apabila karya kami dicetak rompak, tentulah kami sakit hati.

“Jadi, kami sanggup membantu kerajaan mencari penyelesaian masalah ini,” katanya yang mengadakan pertemuan dengan media di ibu negara, Jumaat lalu.

– Ellie Suriati
Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang VULVAS

Haqiem Rusli Buka Restoran SANTHAI VILLAGE di Platinum Walk