in , ,

Elfira Loy Sah Nikah di Pagi 1 Januari 2019

Tahniah Elfira Loy! Dengan sekali lafaz, Elfira Loy kini sah menjadi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar. Pasangan ini dilaporkan telah diijabkabulkan pada pagi tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selamat pengantin baru kami ucapkan. Semoga rumahtangga kekal abadi.

Menamatkan segala spekulasi dan khabar angin, akhirnya selebriti bernama Elfira Loy pada hari ini telah mengesahkan tentang berita akan bernikah pada 1 Januari menerusi satu gambar yang disiarkan di Instagram miliknya. Alhamdulilah… selamat langsung ya.

Elfira Loy Nikah
Bersama catatan ringkas, Alhamdulillah, perkongsian Elfira itu diiringi ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Selepas kontroversi putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi tahun lalu, Elfira Loy memulakan tahun baharu 2019 menerusi berita pernikahan dengan Muhammad Faris Khairol Anuar, seorang pengurus besar sebuah syarikat telekomunikasi di ibu negara.

Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, upacara yang bermula jam 9 pagi tadi itu berlangsung dalam majlis tertutup di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Elfira yang memuat naik gambar Faris menyarungkan cincin dijarinya diatas sebuah pelamin dengan kapsyen bertulis, ‘Alhamdulillah’ itu menamatkan spekulasi tentang perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung hari ini.

Pasangan ini menggayakan busana berwarna putih dan menurut sumber majlis berkenaan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Elfira yang ayu mengenakan persalinan rekaan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini turut memaklumkan berita pernikahannya dengan berkongsi sekeping gambar di Instagram, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pasangan itu terlebih dahulu bertunang dalam satu majlis tertutup pada September lalu.

Hubungan Elfira dan suaminya mula dihidu apabila dia memuat naik gambar bersama seorang jejaka pada 19 Ogos lalu berserta kapsyen: ‘Buang kebencian, lahirlah kebahagiaan’, mencetuskan andaian dirinya sedang dilamun cinta.

Efira bagaimanapun, ketika ditanya mengenai lelaki itu enggan memberikan sebarang kenyataan, malah menafikan cuba melakukan gimik untuk menarik perhatian umum.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan Elfira, 24, dan Faris akan diraikan dengan lima buah majlis resepsi.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 5 Januari ini di ibu negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Hanez Suraya Hamil Tiga Bulan

Pump Up Your 2019 Fitness Resolution