in ,

Elfira Loy Hos Program Travelog #RinduKampung

Sekali sekala tiada salahnya menjenguk ke kampung mengetahui perkembangan pesat dan pembangunan yang berlaku di desa daripada pelbagai aspek seperti pelancongan, aktiviti harian dan sebagainya.

Bersama pengacara Elfira Loy, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan program travelog terbaharu bertajuk “#RinduKampung” yang sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 12.05 tengah hari menerusi saluran TV1.

Bertemakan tarikan pelancongan melalui paparan pelbagai aspek yang menarik yang wujud di sesebuah kawasan kampung yang terpilih, program 8 episod ini memberikan informasi berlatarkan lokasi di sesebuah kawasan kampung yang terpilih di bawah program Desa Lestari anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).

program #rindukampung

Elfira Loy Hos Program Travelog #RinduKampung di TV1

Menariknya Elfira ‘turun padang’ berkunjung ke tempat terpilih dan menemu bual masyarakat setempat berkaitan dengan pembangunan kampung tersebut daripada aspek pelancongan, aktiviti, penjanaan pendapatan koperasi dan sebagainya. Paparan aktiviti yang disediakan serta demonstrasi pembuatan produk dan juga masakan dipaparkan sebagai tarikan tambahan yang wujud di kampung tersebut.

Antara kampung yang dikunjungi Elfira Loy termasuklah Kampung Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Kampung tersebut telah terpilih di bawah program Desa Lestari, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Beliau menginap di Homestay Lonek dan kemudian turut serta dalam aktiviti sukan rakyat yang disediakan seperti boling kelapa, tarik upih dan mengoca ikan. Wawancara dilakukan bersama Pengurus Homestay Lonek dan Pengerusi Koperasi Lonek Berhad untuk berkongsi maklumat lanjut. Elfira juga teruja dan sempat merasai demonstrasi masakan masak lemak ikan semilang, pembuatan kuih cakar ayam dan lawatan ke ladang kelulut.

Lokasi seterusnya ialah Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka. Elfira turut meluangkan masa menemu bual Pengerusi Koperasi Bukit Bulat dan Ketua Belia Kampung Bukit Bulat. Antara aktiviti semasa penduduk kampung tersebut ialah projek madu kelulut, sewaan jentera pertanian dan penginapan chalet serta perusahaan kuih muih dan kraf tangan yang menjana pendapatan yang lumayan kepada pihak koperasi dengan kerjasama dan bantuan daripada pihak kementerian.

Episod berikutnya kunjungan ke Kampung Pering, Kodiang, Kedah di bawah program Desa Lestari. Wawancara dilakukan bersama Pengerusi Koperasi Asas Tani Kedah, Pengusaha Homestay Sehati dan wakil Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang berkongsi maklumat tentang pembangunan kampung tersebut. Koperasi bersama penduduk kampung terlibat dengan perusahaan tanaman jagung yang menghasilkan kordial jagung serta produk ‘silaj’ makanan ternakan. Rancangan memaparkan lawatan Elfira ke ladang jagung dan kilang pemprosesan kordial jagung dan produk ‘silaj’.

Destinasi seterusnya ialah ke Kampung Paya Guring, Arau, Perlis. Wawancara dilakukan bersama Pengerusi Koperasi Gerakan Daya Wawasan Kampung Paya Guring Arau Berhad yang berkongsi kisah kampung tersebut yang pernah memenangi anugerah Kampung Terbaik Perlis suatu ketika dahulu. Koperasi tersebut terlibat dengan pembangunan perkampungan homestay sebanyak 34 buah bilik, perusahaan madu kelulut, ladang jagung serta jentera pertanian. Elfira juga merasai pengalaman menyulam padi menggunakan kuku kambing yang merupakan tradisi masyarakat dahulu. Ikuti banyak lagi episod menarik dalam program ini.

pengacara...Elfira Loy

salah satu episod program ini

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Aziz & Mira Filzah Bergandingan Dalam Single SANDAR PADAKU

FB Live Bersama Neelofa Juri Tetap Maharaja Lawak Mega 2017