in , ,

Elfira Loy Dilantik Jadi Duta Pelitup Muka Jenama HIMAYA

Bergelar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini.

Pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya. Namun pastinya status diri menuntutnya untuk keluar melunaskan urusan kerja. Jadi sebagai wanita bertudung, soal pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan ketika keluar di rumah dan berada di tempat awam.

Elfira yang baru dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya untuk wanita bertudung percaya soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian ‘aksesori’ penting itu tidak wajar diambil mudah.

Elfira Loy Himaya
Elfira Loy dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya.

“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu menjadi jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.

“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar.

“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya. Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,”

– Elfira Loy
Elfira Loy Himaya
Selain mewakili jenama HIMAYA, Elfira Loy juga turut memberi input termasuk pemilihan warna serta fabrik pelitup muka itu.

Kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini, baginya pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya

“Suka atau tidak, kita kena biasakan norma baharu ini. Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka. Jadi kena pilih yang bagus seperti Himaya.

“Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi orang sekeliling juga. Belajarlah untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama sama beringat,”

– Elfira Loy

Mengalih bicara mengajaknya bercerita mengenai fasa indah bergelar ibu saat ini, Elfira memaklumkan anaknya kini sudah boleh berjalan dan berdiri.

“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar. Masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis ‘happy go lucky’ dan gemar tersenyum. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.

“Dia macam seolah olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh sewenang wenangnya bercampur dengan orang ramai,” katanya yang

– Elfira Loy

Sementara itu, menyedari kesukaran yang dialami oleh golongan bertudung di negara ini untuk mendapat pelitup muka yang sesuai dengan penampilan mereka, Anggun Kirana Sdn Bhd mengambil peluang meneroka segmen berkenaan dengan melancarkan jenama pelitup muka premium khas untuk wanita bertudung, dikenali sebagai Himaya.

Himaya adalah jenama baharu pelitup muka perubatan (3 lapisan) yang diperbuat daripada fabrik gred perubatan yang premium dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan keupayaan serapan serta keselesaan yang lebih baik di samping mengurangkan iritasi.

Memandangkan Himaya menyasarkan golongan bertudung, ia didatangkan dengan tali yang lembut dan boleh meregang di bahagian kepala, berbeza dengan kebanyakan pelitup muka yang menyediakan tali untuk dicangkukkan di bahagian telinga.

Pemilik jenama Himaya, Anggun Kirana Sdn Bhd menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata, pemilihan sasaran pengguna bertudung yang khusus dibuat memandangkan terdapat potensi yang besar untuk diteroka di dalam segmen berkenaan.

“Saya mendengar banyak maklumbalas daripada golongan bertudung di luar sana yang menyatakan kesukaran mereka untuk mendapatkan pelitup muka yang mudah dipakai oleh wanita bertudung.

“Kebanyakan pelitup muka yang dijual memerlukan mereka memakai sambungan (mask extender) dan ini agak merumitkan jika mereka tidak mempunyai sambungan berkenaan. Justeru, Himaya muncul tepat pada waktunya bagi memberikan pilihan yang lebih selesa kepada golongan wanita bertudung

“Malah ia juga boleh dipakai golongan wanita tak bertudung dan lelaki,” katanya

– Elfira Loy

Bagi menarik perhatian lebih ramai pengguna, Himaya menjalin kerjasama Elfira. Pelantikan Elfira dibuat memandangkan ia sesuai dengan penampilannya yang bertudung serta mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform sosial media.

“Selain itu, Elfira juga mempunyai imej yang bersih dan beliau turut menggalas tanggungjawab dengan baik bukan saja sebagai seorang artis tetapi juga sebagai seorang ibu, anak dan isteri,” katanya.

– Elfira Loy

Pelitup muka premium Himaya didatangkan dengan dua warna iaitu Love Latte (coklat lembut) dan juga Soft Olive (Hijau Pastel) yang tentunya memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk memilih pelitup muka yang sesuai dengan penampilan mereka.

Ia boleh didapati di semua rangkaian farmasi Watson dan Caring selain menerusi ejen yang berdaftar.

Antara kelebihan yang ada pada pelitup muka premium Himaya seperti tidak menghasilkan kabus sekiranya pengguna memakai cermin mata kerana dawai besi di dalamnya boleh dilenturkan mengikut kesesuaian.

Elfira Loy Himaya

Fabrik ‘non-woven’ turut membantu mengurangkan iritasi sekiranya dipakai dalam tempoh yang panjang. Ia juga memberi perlindungan tambahan daripada bakteria, asap, titisan cecair dan debu.

Mengulas lanjut, Datuk KK Chua berkata dengan pelancaran pelitup muka premium Himaya, pihaknya menyasar jualan sehingga 100,000 kotak sebulan di seluruh negara.

“Kami juga mempunyai perancangan untuk mengeksport produk Himaya ini ke negara jiran iaitu Indonesia memandangkan negara berkenaan mempunyai jumlah penduduk yang tinggi,”

– Datuk KK Chua

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini Himaya, layari laman sosial Facebook Himaya.

Elfira Loy Himaya
Elfira Loy Himaya
Elfira Loy Himaya

What do you think?

71 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem PIRATES OF CARIBBEAN 6 Bakal Ditayangkan Tanpa Johnny Depp?

Simbolik Kesyukuran Fattah Amin dalam Lagu SINAR SELAWAT