Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Elfira Loy Beli Kereta Mercedes-Benz A-Class A200

Tahniah buat selebriti popular, Elfira Loy yang berjaya memiliki sebuah kereta mewah Mercedes-Benz walaupun tidak berlakon drama sejak dua tahun lalu. Tapi bisnes perniagaan Elfira sangat kencang dan menguntungkan. Bravo girl!

Selebriti jelita ini telah memuat naik gambar terkini dimana dia sudah berjaya memiliki Mercedes-Benz A-Class A200. Menurutnya, sebelum ini dia sudah lama memiliki lesen namun belum yakin untuk memilik dan memandu kenderaan bersendirian.

Kebetulan hasil niaga pada bulan Ramadan yang lepas yang memberangsangkan telah membuatkannya untuk membeli kereta idamannya itu.

Dipetik Elfira berkata:

Saya sudah lama memiliki lesen, cuma tidak mempunyai keyakinan untuk memandu bersendirian. Kebetulan, hasil jualan menerusi jenama Elfira Loy sepanjang Ramadan lalu begitu memberangsangkan

Jadi, ibu yang menjaga akaun perniagaan membantu menguruskan pembelian kereta idaman itu. Saya terkejut ketika mahu keluar bekerja, kenderaan itu sudah ada di depan rumah.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version