in

Issey Kini Jadi Penyampai Baru Suria FM

TIGA JEJAKA MERIAHKAN TEAM PAGI SURIA

Teka-teki siapa gerangan dua jejaka yang bakal ke udara di corong radio Suria FM sudah terjawab. Pelakon dan pelawak, Shahrol yang dahulunya pernah bersama Suria selama tiga bulan dan juga pengacara dan pelawak, Issey yang merupakan bekas penyampai radio Hot FM kini merupakan penyampai baru Suria FM.

Team Pagi Suria (4)

Digandingkan bersama Fizi Ali, trio ini telah pun bersiaran pada hari Isnin, 6 Ogos 2018 menerusi slot Team Suria Pagi bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Menurut Pengurus Kanan Program Suria, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan nama DJ Lin, gabungan ketiga-tiga jejaka ini adalah merupakan antara formula terbaru yang Suria cuba tampilkan untuk membantu menaikkan jumlah pendengar Suria menerusi radio dan juga di dalam talian.

Tambah beliau lagi, keputusan menggabungkan Fizi, Shahrol dan Issey ini dibuat setelah mendengar dan menilai keserasian mereka ketika membuat demo ke udara. Kelebihan dan keserasian antara ketiga-tiga penyampai ini yang Suria ingin tonjolkan kepada pada pendengar setia Suria serta menarik pendengar baru untuk mendengarkan Suria.

“Kami di Suria mengharapkan agar gabungan ini akan memeriahkan suasana pagi pendengar dengan kepetahan dan telatah mereka disamping kandungan program yang lebih menarik dan interaktif”, tambah DJ Lin.

Seiring dengan pembaharuan yang diharapkan dapat memperkukuhkan lagi jenama Suria diantara stesen-stesen radio berbahasa Melayu yang lain, Suria FM kini menyajikan kepelbagaian kandungan program yang lebih segar dan dekat di hati pendengar.

Jam Slot Penyampai
6.00 pagi – 10.00 pagi Team Pagi Suria Fizi, Shahrol, Issey

 

10.00 pagi – 3.00 petang Gaya Suria Feeya Iskandar (Cik Piah)

 

3.00 petang – 7.00 petang Suria Petang Sharifah Shahirah, Suraya, Tyzo

 

7.00 petang – 8.00 malam Refleksi Suria

 

8.00 malam – 1.00 pagi Suria Cinta DJ Lin

 

Antara kelainan yang diketengahkan oleh Suria adalah dengan menjemput seramai 100 orang selebriti untuk ke udara setiap hari bermula pada 6 hingga 31 Ogos ini dalam program yang dinamakan 100 Selebriti Suria. Antara selebriti yang terlibat adalah Aiman Tino, Hael Husaini, Naim Daniel, Dayang Nurfaizah, Ismail Izzani, Asfan, Floor 88 dan ramai lagi.

100 orang selebriti ini akan ke udara di dalam slot utama Suria seperti Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Pendengar bukan sahaja bakal disajikan dengan perkembangan selebriti tersebut, malah pendengar juga boleh menghubungi konti Suria untuk bertanya apa sahaja kepada selebriti kesayangan mereka. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti akan dilakukan bersama selebriti undangan dan penyampai Suria di konti.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Team Pagi Suria (3)

Team Pagi Suria (2)

Team Pagi Suria (1)

Shahrol Shiro

Issey Fazlisham

Fizi Ali

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem DUKUN Bakal Ditayangkan di Indonesia

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia Menang Pingat Emas di Bali