in ,

Eksklusif Anuar Zain Nyanyi Lagu Kembali PadaMu Ilahi

Eksklusif untuk yang datang menonton persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN, penghibur kelahiran Merlimau, Melaka itu turut mempersembahkan lagu daripada album terbaharunya berjudul Kembali Padamu Ilahi sebagai mengingati rakannya yang telah meninggal dunia. Lagu ini akan dimuatkan dalam album terbarunya. Melodi lagu ciptaan Azalea dan Azlan Abu Hassan dan liriknya pula diambil oleh sebuah puisi dari coretan Dalilah Tamrin atau lebih dikenali sebagai Raden Galoh, seorang penulis blog yang telah meninggal dunia pada 19 July 2010 kerana mengidap barah. Kalau tak silap, lagu ini pernah dinyanyikan oleh Azalea. Lagu ini cukup menyentuh perasaan.

Menurut Anuar, Dalilah semasa hayatnya mahu Anuar Zain menyanyikan lagu ini. Anuar juga akui, dia begitu kagum dengan bait lirik lagu ini yang menceritakan tentang ketabahan semangat Dalilah melawan penyakit kanser yang dihidapinya sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam lirik ini Dalilah begitu redha dan pasrah dengan ketentuan Yang Maha Esa.

Kembaliku Pada Ilahi

Ku jitukan yakin
Pada setiap sujudku
Jariku susun rapi
Mengirim doa tulus nurani

Waktu yang mendatang
Bak mega mendung hitam
Kelam malam aku sendiri

Hujung perjalanan pasti aku pergi
Tiada mungkin dapat aku menghindari
Sebelum nafasku berhenti berdetik
Amankanlah kepedihan ini
Biar pun getir dalam ku menanti
Tak berdaya namun terus ku hadapi
Menggapai harapan diriku terpilih
Kembaliku padaMu Ilahi
Kembaliku padaMu Ilahi

Hilangkan getar duka
Gusar jauh terusir
Terang bersinar cahaya damai

Lagu: Azalea April 2010
Lirik: Raden Galoh/Azalea April 2010

Anuar berkata, persembahan berkenaan benar-benar istimewa kerana buat pertama kali dia terlibat secara langsung daripada urusan persembahan dan juga produksi.

“Matlamat saya adalah untuk pergi lebih jauh, bukan hanya sebuah persembahan tetapi untuk memberikan sesuatu yang lebih bermakna.”

Anuar Zain menganggap permintaan Dalilah ini ditunaikan dan beliau menyanyikan lagu ini sebagai satu penghormatan dan tribute untuk seseorang yang istimewa dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Malah dia juga menganggap persembahan itu bukan sahaja sekadar hiburan sebaliknya dapat merapatkan silaturahim di antara satu sama lain. Persembahan sempena minggu setiausaha ini sepatutnya diadakan pada 8 April lalu tetapi terpaksa ditangguhkan pada 29 April sebagai menghormati tragedi pesawat MH370 yang dipecayai hilang di Lautan Hindi.

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Persembahan Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN

Ulasan Filem The Amazing Spider-Man 2: Rise of Electro