in ,

Eka Sharif Pertaruh Lagu Terbaru MENGENAL CINTA

Nur Atiqah Bte Shariffudin atau lebih dikenali dengan Eka Sharif berumur 27 tahun dan di lahirkan pada 31 October 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Memilki ketinggian yang ideal iaitu 170cm dan berat 50kg menjadikan anak kelahiran Kajang ini selalu tampil menawan.

Eka Sharif

[dropcap]E[/dropcap]ka Sharif yang pernah menyertai Akademi Fantasia 9 ini mula melibatkan diri dalam bidang tarian bermula pada usia 5 tahun. Dan pada umur 16 tahun beliau menceburi bidang nyanyian. Memiliki potongan badan 35,25,36 membuat kan Eka Sharif tampil lincah dengan bakat tarian yang diminatinya. Selain daripada menyanyi, beliau jugak aktif di pentas peragaan.

[pullquote align=”right”]Eka Sharif dahulunya pernah bergerak secara duo yang di kenali dengan HANAROSE. Mereka tampil dengan single bertajuk GIRLFRIEND dan single kedua mereka yang bertajuk DERITAKU merupakan ost filem Pengantin Malam.[/pullquote]

Beliau yang kini mula dikenali apabila aktif menggunakan applikasi Smule dan telah memiliki rating yang tinggi di Smule apabila mula menyanyikan lagu “Sudah Ku Tahu” dari Projector Band.

Kini, setelah lama mendiamkan diri daripada industri muzik, Eka Sharif tampil kembali dengan single pertama beliau bertajuk “ Mengenal Cinta”.

Mengenal Cinta adalah hasil ciptaan Eka Sharif dan Ardiv Jauhari. lagu tersebut menceritakan tentang seseorang yang baru mengenal cinta dan belajar untuk setia. Lagu yang bergenre pop ini mempunyai kekuatan yang tersendiri.




Eka Sharif kini bernaung di bawah MAP Music dan sedang dalam mempromosikan single terbaru beliau ‘ MENGENAL CINTA”. Semoga single terbaru ini akan mendapat sambutan hebat dari semua peringkat umur. Di jangka lagu ini akan berada di stesen radio dalam masa terdekat.

Follow Eka Sharif :-
Facebook : Eka Sharif
Instagram : Ekasharif

Eka Sharif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang Program KEMBARA AMAL

Ary Hadre Pertaruh Single Pertama JANJI PALSU