in

Edcora Villa Rumah Teres Berkembar Yang Selesa Dimiliki

Bukan senang nak cari rumah teres berkembar kat Kuala Lumpur sekarang ni, kan? Yang ada semuanya dah makin mahal sebab tanah kat KL ni kan sangat terhad. Nak tak nak, kenalah pergi cari rumah di luar Kuala Lumpur. Contoh paling dekat, kat Senawang, ada banyak rumah yang cantik-cantik, murah, selesa dan harganya berpatutan. Budiey pun berkira-kira nak cari rumah di sana.

Tak perlu nak merungut atau mengeluh sangat la ye seperti sebab Budiey baru-baru ini telah dijemput untuk melihat sendiri rumah teres berkembar dua tingkat berkonsepkan moden kontemporari yang diberi nama EDCORA Villa yang tersergam indah di kawasan landskap Nusa Intan, Senawang, Negeri Sembilan yang berkeluasan 300 ekar. Jadi, alang-alang dah sampai di sana, Budiey nak ceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan rumah mewah di sini. Harap anda semua sudi membacanya sampai habis, okay?

Edcora Villa Seri Pajam

Apa yang penting, sejurus Budiey sampai di kawasan EDCORA Villa ini, Budiey dapat saksikan lokasinya sangat mendamaikan sekali dengan eco-hijau yang dikelilingi bukit bukau yang menghijau. Ya, ia berdekatan dengan hutan simpan dan Gunung Angsi. Cukup mendamaikan. Tenang. Inilah yang baru dikatakan, rumahku syurgaku.

Edcora Villa

Tenang je kat sini. Itu yang bagusnya, selain pembangunan yang mampan, di EDCORA Villa ini menggalakan kejiranan yang hijau, sejuk mata memandang dan yang penting dapat membawa penghuninya lari jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan bandar yang cukup menekankan jiwa. Setidaknya di sini pasti menjamin alam semulajadi daripada tercemar, tidak seperti di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni.

Budiey sempat merakam vlog sekitar sesi tour di EDCORA Villa yang indah ini. Kalau mahu mendapatkan gambaran yang lebih jelas, Budiey sarankan kepada anda supaya menonton vlog Budiey kat atas ni.

KLIK: Video Vlog Budiey di Edcora Villa

Untuk info, EDCORA Villa bebas milik ini dibangunkan oleh pemaju perumahan Seri Pajam yang mempunyai keluasan tanah dari 40′ x 110′ – 120′. Fuh! Sangat luas okay. Itu yang membuatkan ianya nampak lapang dan selesa tu.

Edcora Villa Seri Pajam

Dengan bentuk seni bina menarik, EDCORA Villa dibina dengan cukup lengkap bersama kemudahan untuk pemiliknya. Rekaannya cukup ergonomik di mana penggunaan ruang yang inovatif bukan sahaja nampak sangat luas malah ia menyuntik suasana segar sesuai dengan citarasa anda yang mementingkan keharmonian.

Budiey ‘google’ kat internet tentang EDCORA Villa ni, tidak banyak informasi yang Budiey dapat. Itu pun segala maklumat ada di laman sesawang milik Sei Pajam Development iaitu : www.seripajam.com.my

Edcora Villa

Jadi, memang elok sangatlah lawatan Budiey baru-baru ni untuk lihat kawasan rumah dengan lebih dekat. Nampak dari gambar tu, bentuk seni binanya sangat menarik dengan suasana yang mendamaikan. Bestnya kalau dapat tinggal kat sini. Memang ‘heaven’ lah!

Edcora Villa

Kalau baca dan tengok gambar je kat internet pun tak guna jugak kalau tak tengok dengan mata sendiri, ye tak? Lagi baik Budiey singgah semasa acara pelancaran baru-baru ini. Eh, cukup meriahlah sebab banyak juga aktiviti yang sangat family-friendly disediakan kat sana. Pendek kata, sesuailah kepada keluarga yang datang bersama anak-anak. Takdelah membosankan sangat sebab ada aktiviti Pony Ride, Giant Bubble, Little Master Chef dan Tea Tasting pun ada.

Edcora Villa Seri Pajam

[dropcap]D[dropcap] aripada pengamatan Budiey, setelah hampir tiga jam Budiey tinjau kawasan perumahan ini, Budiey dapat simpulkan ianya sangat berbaloi untuk didiami. Ternyata, kediaman yang disediakan oleh Seri Pajam Development ni sangat berkualiti. Contohnya, pelan lantai rumah ini direka secara maksimum tanpa sebarang sudut yang pelik dan tidak nampak catat sikit pun pada pembinaan. Memang perfect.

1. Akses Jalan Raya Yang Mudah

EDCORA Villa sebenarnya tidaklah jauh dari Kuala Lumpur. Pendek kata, mudah untuk ke mana sahaja samada mahu ke Utara atau Selatan. Ia mudah dihubungi menerusi jalinan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

2. Kemudahan & Fasiliti Yang Lengkap

Budiey diberitahu, kawasan perumahan ini memang lengkap dengan segala kemudahan. Nak apa semua ada dan boleh dapatkannya dengan mudah. Antara fasiliti kemudahan yang ada kat sini, taman permainan, pusat perubatan seperti Hospital Specialist Senawang, bank, kedai, restoran, pasaraya besar seperti Giant, Tesco Senawang, AEON Big, KIP Mart dan macam-macam kedai ada di sini. Malah, pengangkutan awam pun dekat juga. Kita boleh guna stesen komuter Senawang dan bas serta teksi.

3. Wellness Park

Sejurus sampai di halaman rumah ini, terasa seolah berada di kawasan ala-ala kejiranan dalam siri drama popular Desperate Housewives. Kedua, ia seperti rasa berada di pinggir hutan yang nyaman dengan rimbunan pokok-pokok.

Apa taknya, jika anda masuk sahaja ke dalam rumah ini, ia sangat sejuk walaupun tidak memasang kipas dan penghawa dingin. Rahsianya, ialah kedudukan rumah ini berorientasikan utara dan selatan di mana ia mewujudkan pengaliran secara semulajadi dan ini mengurangkan bil elektrik anda. Tak perlu la nak pasang penghawa dingin 24 jam sehari kan?

Ini tak termasuklah pembangunan Wellness Park yang dapat menghubungkan penghuni dengan alam yang menghijau. Ia dapat meningkatkan bio dinamik menerusi konsep taman. Bayangkan bila kita dapat jalan-jalan di waktu pagi di kawasan raidah sambil menghirup udara yang nyaman.

4. Ada 8 Park & Taman Yang Menarik

Budiey suka dengan landskap dan suasana dalaman rumah ini yang nampak begitu moden dan urban. Kalau ditakdirkan dapat tinggal kat sini nanti, bolehlah pilih apa sahaja konsep susun atur rumah dan perabut agar sesuai dengan citarasa kita.

Tiada cara lain untuk Budiey gambarkan kediaman ini kecuali ia merupakan sebuah resort percutian peribadi. Seperti mana perumahan yang menjamin keselamatan dan keamanan, ia juga dikelilingi dengan landskap hijau dan untuk yang memiliki di ruang corner dan ruang belakang rumah juga sangat luas. Boleh senang dan selesa buat BBQ atau party bersama keluarga.

Suasana kehijauan dengan pokok-pokok yang rimbun dan menghijau di sekitar kawasan perumahan ini memang dititik-beratkan. Kalau Budiey tinggal kat sini, pasti mata akan jadi bertambah terang. Bangun pagi je, buka tingkap, tengok pokok yang hijau, terusla kan boleh kurang ‘power’ cermin mata. Itu petua nak kasi mata kita jadi lebih segar. Bangun pagi, tengokla pokok yang hijau. Jadi, menyedari pentingnya kehijauan alam semulajadi, kat sini ada disediakan taman yang ditanam dengan pokok-pokok serta landskapnya yang sangat indah. Alahai, tenangnya.

Budiey dapat info, Seri Pajam Development menawarkan harga jualan RM881,000 seunit.

Jika pembaca yang mahukan persekitaran dan gaya hidup mesra alam, pastikan anda mengunjungi rumah contoh di galeri jualan beralamat : No. 233, Jalan Lavender Heights 2, Lavender Heights Business Square, 70400 Negeri Sembilan

Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Kalau tak jumpa juga, boleh guna GPS Coordinates 2.705729,101.020228.

Atau hubungi 06-6782988 untuk buat temujanji. Nak emel pun boleh, sila emel kepada: [email protected]

Untuk info lanjut, Budiey syorkan kepada anda semua untuk melayari: www.seripajam.com.my. Kalau mahu LIKE Facebook pun boleh, layari: www.facebook.com/seripajam

Edcora Villa Seri Pajam

Edcora Villa Seri Pajam

Edcora Villa Seri Pajam

Edcora Villa Seri Pajam

Edcora Villa Seri Pajam

Edcora Villa Seri Pajam

Edcora Villa Seri Pajam

Edcora Villa Seri Pajam

Edcora Villa

Edcora Villa Seri Pajam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Al-Manna Lancar Muzik Video ZIKIR PAGI HARI di Youtube

Debaran Pertandingan Akhir Bintang Kecil Kebangsaan 2014