in ,

E!clusive YUNA Showcase Memang Ohsem

yuna

Assalammualaikum teman-teman baik & Budieyators semua, semalam kami ‪#‎BudieyBuddies‬ menghadirkan diri ke Showcase bersama Yuna anjuran E! News Asia Special yang diadakan di The Gardens Theatre, The Gardens North Tower. Antara selebriti yang turut hadir menonton semalam, oh ramai juga tapi antaranya Nur Fazura yang turut menjadi tetamu khas dan Fazura juga muncul dalam program Facing Up To Fazura di saluran E!

Ketika mana serentak pada waktu yang sama, banyak juga event berlangsung, seperti Media Prebiu Teater Takhta 3 Ratu lakonan Soo Wincci, Erra Fazrira, Remy Ishak, Awie di Istana Budaya, kami memilih untuk menonton persembahan Yuna. Kerana apa? Kami akan ke Istana Budaya pada lain masa dan berita baik untuk semua pembaca, kami akan menghadiahkan beberapa keping tiket teater Takhta 3 Ratu dalam masa terdekat ini.

Terus terang kami sangat terhibur dengan persembahan padu dari Yuna. She is awesome singer and her song make us feel in love. Congrats YUNA for being Malaysian Proud in the eyes of the world. Kalau anda follow Instagram BudieyBuddies pastinya, anda dapat melihat video 15 saat rakaman dari Cyrill Hassan. Jom tengok show 15 saat ni. Kepada anda semua, jangan lupa tengok persembahan Yuna di Astro Channel 712, Channel E! okay?

Terima kasih kepada saluran E! yang sudi menjemput BudieyBuddies. Kepada anda semua, jangan lupa untuk menonton vlog kami di Youtube Channel: www.youtube.com/budiey27 dan juga follow kami di Instagram: @budieybuddies dan di Facebook: www.facebook.com/budieybuddies

Nah, video teaser untuk korang. Nak lebih kena tonton channel E! la kan?

By @cyrillhassan "YUNA's Opening Act #EOnlineAsia #ENewsAsiaSpecialYUNA" via @PhotoRepost_app

A video posted by BudieyBuddies (@budieybuddies) on

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

KRU & Zizan Razak Bergabung Demi ADIWIRA Cicakman 3

E! Names Kathy Griffin New Host Of Fashion Police