in ,

Review Eastin Hotel di Petaling Jaya

Kadangkala kita terlupa bahawa daerah Lembah Kelang di Malaysia ini bukan sahaja terdiri daripada Kuala Lumpur, tetapi juga kawasan-kawasan berdekatannya.

Petaling Jaya merupakan bandar kedua paling popular sesudah Kuala Lumpur yang sering menjadi tumpuan orang ramai (ini termasuklah penduduk tempatan serta para pelancong asing). Ini juga kerana jarak PJ dan KL yang sangat dekat di antara satu sama lain. Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun Eastin Hotel di Petaling Jaya kekal sebagai salah satu hotel yang terkenal di sini.

Terletak di kawasan Phileo Damansara, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di hotel ini sekiranya ingin singgah di Petaling Jaya. Biarpun sudah lebih 10 tahun bertapak di sini, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan Eastin Hotel Petaling Jaya masih lagi utuh dan malah semakin bagus saban hari. Apalagi dengan wajah baru senireka dalamannya yang sekarang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

Baru sahaja diubahsuai dan direnovasi, hotel ini menawarkan 388 buah bilik dan suite yang dihias indah dengan penuh teliti. Ia juga mempunyai tingkat eksekutifnya sendiri di mana terdapat bahagian khas buat para tetamu yang menginap di Executive floor ini. Tetamu istimewa di tingkat ini mempunyai ruang daftar masuk serta ruang makan khas buat mereka sahaja. Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gymnasium, laman tenis, dewan-dewan serbaguna dan macam-macam lagi, hotel ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja di kawasan sekitar Petaling Jaya.

Ini kerana hotel ini berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka Malaysia. Malah akses untuk ke pusat ibukota dari hotel ini juga sangat mudah kerana terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan percuma (shuttle) dari hotel ini ke beberapa pusat membeli-belah terkenal seperti 1 Utama, The Curve, Mid Valley Megamall, Tropicana City Mall dan macam-macam lagi. Perkhidmatan pengangkutan percuma ke beberapa kawasan pejabat sekitar daerah berdekatan juga ada tersedia. Semua ini boleh dirujuk dengan pihak hotel.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia ajnas pilihan restoran dan tempat makan di hotel berbintang empat ini. Di antaranya termasuklah Restoran sajian Cina Ee atau Restoran Jepun Eyuzu. Tidak lupa juga ruang makan utama mereka iaitu Swez Brasserie untuk menikmati pelbagai hidangan lazat tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam. Untuk bersantai atau minum petang, cubalah singgah di The Havana Club dan The Lounge mereka. Bagi yang suka menenangkan tubuh badan, boleh juga cuba rawatan spa yang ada.

Jadi sekiranya anda tercari-cari, hotel di Petaling Jaya, pastikan Eastin Hotel menjadi pilihan pertama!

EASTIN HOTEL Petaling Jaya : Persinggahan Selesa di Lembah Kelang
oleh Shah Shamshiri

eastin Swez_Buffet Counter

eastin Lobby

eastin Executive Lounge_1

eastin Swimming Pool

eastin Room

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Search 2015

Nickelodeon Premieres MAKE IT POP