in , ,

DYTM Raja Muda Selangor Meraikan 5 Tahun Pencapaian Bersama SAY

DYTM Raja Muda Selangor Meraikan 5 Tahun Pencapaian Bersama Selangor Youth Community (SAY)

Selangor Youth Community (SAY) telah ditubuhkan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017 dengan visi untuk mewujudkan komuniti belia yang cergas, dinamik dan progresif di Selangor.

Menjelang Disember 2022, SAY telah memberi impak kepada lebih 300,000 belia dalam lebih 200 program dan inisiatif yang dijalankan, merentasi 4 bidang yang menjadi tumpuan: Keusahawanan, Seni dan Kreatif, Khidmat Masyarakat, Sukan dan Kesihatan. 

Dytm Raja Muda Selangor Meraikan 5 Tahun Pencapaian Bersama Say

Bagi meraikan kejayaan 5 tahun sejak penubuhan SAY yang bertemakan “Celebrating Achievements, Shaping Global Champions”, SAY menampilkan Anugerah Kepimpinan SAY bagi 4 bidang tumpuan, iaitu Peserta Pasukan Terbaik dan Anugerah Belia Raja Muda Selangor, yang merupakan anugerah belia berprestij bagi ikon belia cemerlang yang telah menunjukkan kepimpinan yang terpuji dan memberikan sumbangan paling bererti kepada masyarakat secara amnya. 

Dytm Raja Muda Selangor Meraikan 5 Tahun Pencapaian Bersama Say

Selain mengiktiraf bakat individu, pergerakan dan organisasi belia juga diberi peluang untuk dinobatkan sebagai Pertubuhan Belia Terbaik atas sebab impak dan sumbangan besar mereka dalam melakukan perubahan positif kepada setiap industri yang terlibat.

Kedua-dua pemenang bagi Anugerah Belia Raja Muda Selangor dan Anugerah Pertubuhan Belia Terbaik dipilih dengan teliti oleh jawatankuasa dan DYTM Raja Muda Selangor. 

Dytm Raja Muda Selangor Meraikan 5 Tahun Pencapaian Bersama Say

Terdapat 380 penaja, rakan kongsi, ketua belia dan sukarelawan yang hadir di majlis sambutan ini, di mana ia berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Sunway Resort, bagi memberikan sokongan penuh kepada SAY sejak penubuhan pertubuhan itu. 

Delegasi ASEAN dari Yayasan ASEAN dan Pertubuhan Belia ASEAN turut hadir bagi melansungkan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman yang cukup bersejarah di antara SAY dan Yayasan ASEAN. 

Dytm Raja Muda Selangor Meraikan 5 Tahun Pencapaian Bersama Say

Perkongsian strategik melalui inisiatif Belia Juara Seed Funding ini bertujuan memperkasakan para belia di kesemua 11 negara ASEAN untuk menjuarai isu tempatan yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Rancangan Kerja Belia ASEAN. 

Tirai majlis makan malam gala itu dibuka dengan persembahan istimewa oleh projek Kemar Tari, yang memperkasakan anak-anak orang asli dari Gerik, Perak. 

Projek itu ditaja oleh SAY di bawah Belia Juara Seed Funding di mana ia telah memberi manfaat kepada 20 orang anak asli. Majlis makan malam kemudiannya diteruskan dengan persembahan bertenaga oleh Naim Daniel yang telah menyampaikan 3 buah lagu. 

Dytm Raja Muda Selangor Meraikan 5 Tahun Pencapaian Bersama Say

Selaras dengan kempen Belia Juara bagi Ulang Tahun Ke-5, SAY menampilkan 3 Penerima Geran Filem Pendek Belia Juara, iaitu Joy (Kiara) dan Ong Yee Jing bagi filem pendek “A Dream”, Leeyana Sulong bagi “Nostalgia”, dan Seha M.S.O bagi “102 Hari ”. 

Majlis diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh DYTM Raja Muda Selangor, yang cukup berterima kasih serta menghargai setiap satu rakan kongsi dan pihak berkepentingan atas dedikasi dan komitmen mereka kepada SAY sepanjang tahun. 

“Setiap ringgit yang disumbangkan kepada SAY, kami telah menjanakan ia dengan pulangan nilai sosial dan pelaburan sebanyak RM4.19.

Angka-angka ini amat bermakna kepada saya kerana kami berusaha untuk sentiasa membantu komuniti dan juga memberikan pulangan pelaburan yang lebih baik kepada rakan kongsi dan para penaja kami.” 

Dytm Raja Muda Selangor Meraikan 5 Tahun Pencapaian Bersama Say

“Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penaja utama kami, Sunway Group Berhad, para penaja yang lain; Prince’s Trust International, Kerajaan Negeri Selangor, Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan, Rafulin Holdings, Kumpulan Biforst, rakan kongsi seperti Kementerian Belia dan Sukan, majlis tempatan, agensi dan perniagaan kecil daripada pelbagai industri. Sama ada anda bekerja secara langsung dengan kami atau tidak, dari lubuk hati, saya amat berterima kasih atas sokongan dan dedikasi anda. Kami tidak akan berada di sini hari ini tanpa anda semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini”. 

Dytm Raja Muda Selangor Meraikan 5 Tahun Pencapaian Bersama Say

Pemenang Anugerah Belia Raja Muda Selangor: 

Mohammad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin, 34 tahun, bekas Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor 

Pemenang untuk Anugerah Organisasi Belia Terbaik: 

Adab Youth Garage (tumpuan untuk menyediakan akses pendidikan dan peluang kepada belia yang kurang mendapat kemudahan di kawasan perumahan kos rendah) 

Pemenang untuk Anugerah Kepimpinan SAY (Seni & Kreatif): 

Dhiyaul M. Asyraf (Yaul Acap), 31 tahun, Pengasas Art Batalion 

Pemenang untuk Anugerah Kepimpinan SAY (Sukan & Kesihatan): 

Daphne Ng Chiew Yen, 34 tahun, Bekas Atlet Badminton Kebangsaan, Ketua Jurulatih/Pengasas Bersama Duo Sparks 

Pemenang untuk Anugerah Kepimpinan SAY (Keusahawanan): 

Jason Fung, 24 tahun, Pelatih dan Mentor bagi Pemimpin Muda, Pelatih Pengurusan dan Bakat 

Pemenang untuk Anugerah Kepimpinan SAY (Perkhidmatan Komuniti): 

Hairull Abdullah, 25 tahun, Penyelarasan Biodiversiti dan Pemuliharaan, Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) 

Pemenang untuk Peserta Pasukan Terbaik: 

Izzah Ezureen binti Mohamed Yusoff, 25 tahun, Pengasas Kopi Kontena Hulu Bernam 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung | 17

Samsung Electronics Terima Anugerah Kelestarian Niaga SEAL 2022 

Namanzee Tv Alhijrah | 18

TV Alhijrah Manfaatkan Cuti Sekolah Dengan Rancangan Animasi Terbaik