in

12 Tahun Terperap, DUKUN Ditayangkan 5 April

Selepas 12 tahun dibikin, akhirnya filem penuh kontroversi, #Dukun lulus untuk tayangan umum dalam tempoh beberapa hari saja lagi iaitu pada 5 April 2018 di seluruh negara.

Diilhamkan daripada kisah pembunuhan kejam membabitkan Mona Fandey dan suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Hussin, karya itu mula menjalani penggambaran pada 2006.

attachedddd

Memasuki suku pertama tahun berikutnya pada 2007, bagaimanapun filem yang sedia untuk dipersembahkan kepada penonton itu telah diharamkan tayangannya kerana menyentuh isu sensitif.

Berdasarkan kenyataan Lembaga Penapisan Filem (LPF), ada beberapa faktor menyebabkan naskhah sulung arahan Dain Said dan diterajui gandingan pelakon seperti Datin Umie Aida serta Faizal Hussein itu harus disekat untuk tontonan khalayak.

Badan itu menyifatkan, pengkisahan menerusi skrip lakon layar Dukun dipercayai boleh menyinggung perasaan serta mengganggu emosi ahli keluarga pesalah yang tidak berdosa terutama waris mereka.

attachfv

Apatah lagi, kes itu dikategorikan berprofil tinggi sementelah mayat ahli politik kelahiran Pahang, Datuk Mazlan Idris ditemukan dalam keadaan ngeri dan tragis dengan anggota tubuhnya dikerat kepada 18 bahagian.

Tambahan pula, status Mona sebagai artis rakaman dan pernah mengeluarkan album mensensasikan lagi setiap laporan berita berhubung perilaku tidak berperikemanusiaan yang menggemparkan rakyat Malaysia itu.

Pun begitu, menurut desas-desus yang tidak diketahui kesahihannya, waris keluarga ketiga-tiga penjenayah terbabit difahamkan tidak ada masalah dengan pembikinan Dukun.

Bahkan, wakil keluarga mereka secara peribadi memberi sokongan kepada pasukan produksi dan berharap agar penceritaan Dukun dapat dijadikan iktibar serta teladan untuk pengajaran buat semua pihak.

Lantas, muncul pula versi berita lain mendakwa bahawa pengharaman Dukun berpunca dek jalan ceritanya yang menggambarkan sikap buruk pemimpin kerajaan termasuklah arwah Mazlan.

Sub plotnya yang turut memfokus perihal kerakusan golongan berkuasa, sekali gus menindas kelompok marhaen sehingga menimbulkan rasa dendam kesumat menguatkan hujah LPF untuk memuktamadkan keputusan.

Terdahulu pada 2001, riwayat Mona, Affandi dan Juraimi Hussin berakhir di tali gantung setelah keputusan penghakiman menyabitkan mereka bersalah melakukan jenayah berkenaan.

Walau sudah lama berlalu, masih ramai yang tersisa membicarakan tentang hal itu andai merujuk terhadap sikap zionis sesama manusia.

Tiba-tiba seminggu lalu, kelibat dukun wanita berkebaya merah yang dilepaskan daripada kurungan kelihatan berkeliaran di perkarangan pawagam tanah air, sekali gus mendorong rasa teruja penonton.

Sejauh mana ceritera berkenaan berkait rapat dengan sejarah hidup Mona serta individu lain yang diwatakkan, sama-samalah kita tonton dan unjurkan komentar bernas masing-masing.

Apapun, terima kasih LPF waima memakan masa berkurun lama untuk menghadiahkan label ‘LULUS & LEPAS tanpa sebarang potongan babak.

Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Lancar Penerbangan Terus Dari Pulau Pinang ke Hanoi & Phuket

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem DUKUN