in , ,

“DSV Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh,” – Iqbal

Nampaknya masih tiada kesudahan lagi kisah cinta jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal. Baru-baru ini, Vida ada membuat IG Live bagi mempromosikan produk-produknya serta berinteraksi bersama peminat.

Malah, Iqbal juga turut masuk ke live IG itu dengan muka masam dan langsung tidak bersuara. Namun lebih menjadi perhatian adalah komen yang ditinggalkan Iqbal.

Menurut Iqbal, Vida merupakan wanita pertama yang disentuh dan wanita terakhir. Ujarnya disebabkan itu juga dia mahu berkahwin dengan Vida, bukan kerana harta seperti yang didakwa netizen.

"DSV Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh," - Iqbal

Seperti sudah dijangka, komen Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengenai ‘wanita pertama dan terakhir disentuh’ apatah lagi kenyataan itu boleh mengundang fitnah.

Sementara itu, menerusi Insta Story Iqbal memaklumkan sudah dua minggu dia dan Vida tidak berhubung, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.

"DSV Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh," - Iqbal

Iqbal juga turut berkata drama Vida yang tidak berhenti mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterluan serta meminta usahawan itu berhenti menipu orang ramai.

"DSV Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh," - Iqbal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inspirasi Kejayaan Dalam Program FASHION FAB di TV Okey

13 Kategori Bertanding, Kini Undian ANUGERAH DRAMA SANGAT Bermula!