in , ,

Drama Wasilah Cinta Qayyim Lakonan Zed Zaidi

WASILAH CINTA QAYYIM MENGHIASI MUTIARA @ 2 PADA 18 JULAI 2009

Menerusi slot Mustika @ 2, 18 Julai 2009 ini, TV2 akan menyiarkan drama Wasilah Cinta Qayyim buat tatapan penonton. Drama terbitan Television Airtime Services ini dilakonkan oleh Wong Sik Nen, T.S.Jeferry, Zed Zaidi, Justine, Khaty Azean dan Thorpe Ali.

Mengisahkan Qayyim,seorang remaja berumur 24 tahun bekerja di sebuah bengkel Encik Foo,sebagai mekanik dan telah jatuh cinta dengan anak majikannya iaitu May Ling. Namun hubungan mereka dihalang oleh Pakcik May iaitu Kent,yang sentiasa menjadi duri dalam daging kepada Ah Foo. Kent dia kerap menyusahkan Ah Foo kerana sentiasa meminta bantuan kewangan. Berkali-kali bantuan di beri tetapi sikap Ah Kent sentiasa tidak berubah dan sentiasa menyusahkan Ah Foo.

Qayyim seorang yang mempunyai wawasan dan berminat untuk membuka bengkel sendiri dan May sentiasa mendorong Qayyim mencapai usaha itu. Kent yang tidak menyukai hubungan Qayyim dan May Ling sering menyangka Qayyim menggunakan hubungan baiknya dengan May semata-mata untuk mencapai cita-citanya. Sehingga pada suatu malam Kent telah memukul Qayyim di atas sikap iri hatinya terhadap Qayyim.

Qayyim kecewa dengan apa yang telah terjadi pada dirinya. Sejak dari peristiwa tersebut, Qayyim menghilangkan diri dengan pulang ke kampung. Ketika berada di kampung, ibu Qayyim yang menenangkan dan memberi nasihat kepada Qayyim.

May telah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut dan berusaha untuk mencari Qayyim. Malah kehilangan Qayyim menjadi kekecohan di bengkel Ah Foo. Walaubagaimanapun, ketika mereka sedang dalam kekecohan, Kent bertelingkah dengan Justin sehinggakan terjadinya pengelutan dan mengakibatkan Ah Foo di serang sakit jantung.

Kent telah menyesal dengan apa yang telah dilakukannya dan berusaha mencari Qayyim di kampung. Kent telah memberitahu apa yang terjadi dan Qayyim kembali semula ke bengkel menemui semua dan mereka berbaik semula.

Impian Qayyim untuk memiliki sebuah bengkel tercapai dan berjaya ditubuhkan. Hubungan Qayyim dan Kent telah baik dan mesra. Adakah Qayyim dan May Ling akan mengakhiri kesudahan cinta mereka dengan ikatan perkahwinan?

Jangan ketinggalan mengikuti kesudahan drama Wasilah Cinta Qayyim, pada hari Sabtu, jam 10.00 pagi menerusi slot Mustika @ 2 di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Transformers: Revenge of the Fallen

Gambar Diana Danielle dan Andra & The Backbones Rakam Lagu Tak Ada Bisa