in , ,

Drama VIU Original PRETTY LITTLE LIARS Kembali Dengan Musim Kedua

Siri popular kembali dengan jalan cerita mengenai isu sosial terkini

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, mengumumkan musim kedua siri Viu Original, Pretty Little Liars yang akan mula ditayangkan bermula 14 April 2022 di semua 16 pasaran Viu.

Drama bersiri yang memenangi Anugerah Akademi Kreatif Asia dan Anugerah Kandungan Asia untuk musim pertamanya telah menjadi kebanggaan Indonesia menerusi drama misteri remaja dengan nama yang sama daripada Warner Bros. International Television Production (WBITVP). Adaptasi Pretty Little Liars oleh Viu ini berlatarkan pekan fiksyen Amerta, yang direka secara eksklusif di Bali.

Pretty Little Liars Main Poster

Pretty Little Liars mengisahkan kehidupan sekumpulan empat pelajar perempuan yang renggang apabila ketua mereka, Alissa (Yuki Kato), hilang secara misteri.

Mereka mula bersatu kembali apabila menerima mesej menyeramkan daripada individu misteri yang dikenali sebagai “A”, yang mengancam untuk mendedahkan rahsia-rahsia mereka.

Dalam musim kedua, Hanna (Anya Geraldine), Ema (Caitlin Halderman), Sabrina (Vanessa Thomas), dan Aria (Shindy Huang) cuba mendedahkan siapa dalang di sebalik kemalangan yang berlaku kepada Hanna pada musim pertama. Persoalannya, siapakah A dan adakah A sebenarnya sudah mati atau masih hidup?

Siri ini diarah oleh Emil Heradi, dan diterbit oleh Visinema Pictures’ Angga Sasongko. Selain dari barisan watak utama, siri ini juga menampilkan nama-nama besar dalam industri lakonan seperti Wulan Guritno, Tarra Budiman, dan Irgi Fahrezi, di samping pelakon-pelakon baharu seperti Bastian Steel, Bio One dan Fandy Christian. 

“Kami sangat teruja untuk membawakan musim terbaharu Pretty Little Liars  ini. Kami telah mengambil perhatian terhadap peningkatan kes buli hasil daripada dunia digital tanpa batasan yang turut mengakibatkan kemurungan di kalangan golongan muda.

Bersama Angga dan Emil, kami berjaya menterjemah visi kami membawa musim baharu Pretty Little Liars ini ke peringkat yang lebih baik dengan hubungan yang lebih mendalam dengan penonton, pertumbuhan watak yang realistik, dan jalan cerita yang mengasyikkan.

Kami percaya drama ini akan membawa masyarakat berfikir dan mengambil serius isu ini sekaligus menarik lebih ramai penonton  berbanding musim sebelumnya.

Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ramadan ini, penonton Viu juga akan mendapat akses kepada semua siri menarik seperti Assalamualaikum Calon Imam, drama Korea Again My Life, dan banyak lagi,”

– Varun Mehta, Pengurus Besar Indonesia, Viu.

Orang ramai boleh menonton siri ini pada aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, TV pintar terpilih, atau di laman web www.viu.com. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Sebab Vokalis Kumpulan Terkenal Ditahan Disyaki Pukul Bekas Isteri

ZAMAERA TRENDING

realme 9 Dilancar Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM829