in , ,

Ini Sebab Vokalis Kumpulan Terkenal Ditahan Disyaki Pukul Bekas Isteri

Seorang penyanyi lelaki yang berusia 45 tahun tergamak memukul bekas isterinya dan telahpun ditahan pihak polis hari ini. Apa kes ni?

Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan bekas isterinya di sebuah kediaman di Kota Damansara, Petaling Jaya, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek berusia 45 tahun ditahan di sebuah lokasi di Kota Damansara, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Ianya berlaku ketika mangsa ingin mengambil anak lelakinya di kawasan parkir rumah suspek.

Katanya, tangkapan itu dibuat selepas polis daerah Petaling Jaya menerima aduan daripada seorang wanita berusia 27 tahun yang juga bekas isteri suspek berkaitan kejadian itu, semalam.

“Pengadu mendakwa dia berada di kawasan parkir kediaman bekas suaminya di Kota Damansara, kira-kira jam 2.29 petang untuk mengambil anak lelaki daripada artis terbabit.

“Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham kerana pengadu enggan bergambar dengan suspek menyebabkan suspek marah dan memukul badan pengadu menyebabkan lebam dan anggota badannya sakit,”

– Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Katanya, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan tahanan reman bagi siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017,”

– Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

S.O.G & Shila Amzah Rakam Lagu Raya Media Prima Berjudul SEIKHLAS HATI

Drama VIU Original PRETTY LITTLE LIARS Kembali Dengan Musim Kedua