in

Drama Thailand Slot NTV7 Thai Lakorn Menghiburkan

SLOT TERBARU THAI LAKORN BERMULA JULAI INI DI ntv7!

Variasi Drama Thailand Menghiburkan Penuhi Citarasa Penonton

Saluran Ceria Anda, ntv7 bakal memperkenalkan sebuah lagi slot baru bagi memenuhi citarasa penontonnya. Slot yang dinamakan Thai Lakorn itu bakal menyiarkan drama-drama bersiri hebat hasil produksi negara Thailand mulai 9 Julai ini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi.

Slot yang diperkenalkan itu diharapkan dapat terus menarik penonton setianya untuk terus bersama saluran ntv7 yang sebelum ini memang dikenali dengan pelbagai rancangan bermutu dari negara-negara Asia seperti Korea, China dan Taiwan.

Drama Thailand Slot NTV7 Thai Lakorn Menghiburkan

Menurut Emilya Ab. Rahim, Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7, keputusan memperkenalkan slot baru itu adalah kerana stesen tersebut ingin menambah lagi seleksi rancangan sedia ada bagi menceriakan penontonnya. Pemilihan kandungan daripada negara Asia itu dilihat lebih dekat dengan budaya masyarakat Malaysia.

“Selain daripada menyiarkan drama bersiri Korea, kami percaya banyak kandungan daripada negara-negara Asia seperti Thailand mampu memenuhi citarasa para penonton. Ini memberikan mereka lebih banyak pilihan,” kata Emilya.

Menggunakan pendekatan yang sama seperti drama Korea, drama Thailand yang bakal dihidangkan ini tidak akan dialih bahasa untuk meyampaikan drama itu dalam karya asli yang lebih diterima ramai.

Drama bersiri Thailand pertama yang bakal membuka tirai slot Thai Lakorn itu adalah Hiroshima Sky lakonan mantap pelakon tampan Aun Wasukaipaisarn sebagai Tawan dan gandinganngannya Paula Taylor sebagai Fun Fah.

Kisah yang bakal menarik ramai penonton itu bermula setelah Tawan berasa sangat kecewa ditinggalkan kekasihnya yang memilih lelaki kaya sebagai pengganti. Kecewa dengan perjalanan kisah cintanya, Tawan nekad untuk menerima tawaran oleh syarikatnya untuk meneruskan pengajiannya di Jepun. Sedang Tawan menempuh alam barunya, dia ditakdirkan bertemu seorang wanita jelita, Fun Fah yang periang namun sering membawa masalah yang tidak diduga.

Pencarian Fun Fah dalam mencari ayah kandungnya bakal membawa plot menarik seterusnya dalam drama bersiri ini. Penggambaran yang dijalankan di Hiroshima, Jepun itu pastinya bakal membuai perasaan penonton dengan jalan cerita cinta romantis dan lucu.

Antara drama bersiri lain yang bakal menghiasi slot itu adalah Love Beyond Frontier dan Autumn Destiny yang juga bakal mempertaruhkan jalan cerita yang menarik serta para pelakon hebat yang bakal menjadi pujaan penonton seperti Pichaya Nitipaisalkul, Pirat Nitipaisalkul, Mario Maurer, Ryan daripada kumpulan muzik Korea – Paran, dan anggota kumpulan U-Kiss iaitu Eli dan Kim Ki Burn yang pastinya membuatkan para penonton jatuh cinta dengan lakonan hebat mereka.

Saksikan kisah cinta Tawan dan Fun Fah dalam Hiroshima Sky dalam slot Thai Lakorn bermula 9 Julai ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook mahupun Twitter.

Drama Thailand Slot NTV7 Thai Lakorn Menghiburkan

Drama Thailand Slot NTV7 Thai Lakorn Menghiburkan

Drama Thailand Slot NTV7 Thai Lakorn Menghiburkan

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tune Hotel Asoke Bangkok

Samsung Galaxy Note 2 Bakal Dilancarkan