in

Samsung Galaxy Note 2 Bakal Dilancarkan

Samsung Galaxy Note 2 Bakal Dilancarkan. Samsung Galaxy Note 2 bakal dilancarkan pada september ini dan berita ini sangat mengujakan semua pengguna Samsung Galaxy Note.

Samsung Galaxy Note 2

Pihak GSM Arena menyatakan mereka mendapat pengesahan daripada sumber dalaman mereka, yang mana peranti tersebut disahkan dan bakal dilancarkan sekitar bulan September kelak.

Berdasarkan maklumat terkini, Galaxy Note 2 dikatakan akan membawakan peranti dengan skrin Super AMOLED bersaiz 5.5-inci, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel. Beberapa ura-ura turut mengatakan ia akan membawakan beberapa fungsi yang menyerupai apa yang terdapat pada Galaxy S3 sebelum ini.

Jadi, bagi anda yang dalam perancangan untuk membeli Galaxy Note, mungkin boleh menunggu sehingga 2 bulan lagi sementara menantikan pengumuman rasmi Galaxy Note 2 yang diperkatakan sekitar bulan September ini. Yang pastinya, prestasi samsung Galaxy Notes 2 ini lebih hebat dan mengujakan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Thailand Slot NTV7 Thai Lakorn Menghiburkan

Karoot Komedia X Istimewa Raya