in , , ,

Drama Siri Viu Original Korea Terbaharu berjudul RIVER WHERE THE MOON RISES

Siri era romantika ini dibintangi bakat K-Drama terkemuka Kim So Hyun dan Ji Soo

Viu, penyedia layanan penstriman video OTT terkemuka rantau ini yang dikendalikan oleh Viu International Limited, telah mengumumkan siri Viu Original era romantika terbaharu berbahasa Korea berjudul River Where the Moon Rises.

Siri ini bakal ditayangkan secara eksklusif di Viu pada 15 Februari 2021.  River Where the Moon Rises merupakan adaptasi dari cerita rakyat Korea yang telah dirakamkan dalam The History of the Three Kingdoms berdasarkan Puteri Pyeonggang (Kim So Hyun) dan Panglima beliau, On Dal (Ji Soo). 

River Where the Moon Rises

Dilahirkan sebagai seorang puteri, tetapi dibesarkan seperti seorang pahlawan, Pyeonggang pada usia muda telah menjelajah seluruh wilayah bersama ibunya, Permaisuri. Semasa dalampenjelajahan ini, beliau tiba di sebuah kawasan kampung dan bertemu dengan Panglima On Hyeop dan anak lelakinya, On Dal. Berkongsi cita-cita untuk menjadi pemerintah dan ratu Goguryeo yang pertama, beliau telah ditertawakan On Dal kerana wanita secara azalinya tidak terlibat dengan urusan pemerintahan, namun dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan Puteri Pyeonggang. Sementara itu, Permaisuri meminta bantuan Panglima On Hyeop bagi menangani konspirasi yang sedang berlangsung di ibu kota, namun kedua-dua mereka telah terbunuh dalam proses ini. Siri ini mengikuti perjalanan Pyeonggang untuk membongkar konspirasi jahat dan merbahaya dalam kerajaannya. 

Siri ini dibintangi Kim So Hyun, yang terkenal dalam kalangan peminat K-drama bagi kepelbagaian wataknya dari drama berunsur sejarah sehinggalah ke watak dalam komedi romantik. Kim memulakan kerjayanya sebagai pelakon semenjak kecil lagi pada tahun 2006 di mana beliau telah mendapat sambutan dalam wataknya sebagai bakal permaisuri yang jahat dalam siri Moon Embracing the Sun. Seterusnya, beliau telah memainkan watak utama dalam drama hit Who Are You: School 2015, The Emperor: Owner of the Mask dan turut memenangi Excellence Award di 2019 KBS Drama Awards bagi wataknya sebagai pelacur kelas atasan yang pemarah dan kekok dalam The Tale of Nokdu. Terkini, beliau dilaporkan sebagai pelakon termuda yang mempunyai lebih 10 juta pengikut di laman sosial Instagram dan ini menggambarkan populariti beliau di serata dunia. 

Memainkan watak On Dal, Ji Soo menawan penonton dengan daya tarikan dan penampilannya yang segak. Dia telah melakonkan beberapa watak dalam drama romantik termasuk  When I Was the Most Beautiful dan siri JTBC kesukaan ramai berjudul Strong Woman Do Bong Soon. Beliau juga telah memainkan watak putera dilamun cinta Wang Jung dalam drama era perjalanan masa Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo pada tahun 2016 yang sememangnya sebuah K-drama klasik.  

Siri Viu Original, River Where the Moon Rises dihasilkan oleh penghasil filem Victory Contents. Di belakang tabir, Yun Sang Ho (Kingmaker:The Change of Destiny and Saimdang, Memoirs of Colors) memainkan peranan sebagai pengarah dan penulis Han Ji Hoon telah mengetuai proses penghasilan siri ini (Temptationand Women of 9.9 Billion 99).

Ms. Virginia Lim, Chief Content Officer, Viu, berkata, “Viu komited dalam menawarkan kandungan hiburan premium Asia yang terbaik kepada penonton Viu. Pada tahun 2021 ini, kami teruja untuk melabur lebih banyak dalam penghasilan siri Original dan terutamanya drama siri Korea yang menawarkan kualiti produksi yang terbaik dan sinematografi berserta efek visual yang memukau. Dengan skrip dan bakat yang luar biasa, anda tidak boleh lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah cinta dramatik ini.” 

Penonton Viu (Viu-ers) di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines, Myanmar, Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman, Jordan dan Mesir akan dapat menonton River Where the Moon Rises secara eksklusif di Viu pada 15 Februari, 2021. Siri ini dan siri menarik yang lain seperti True Beauty dan Mr. Queen, termasuk siri akan datang Penthouse 2, Mouse, Luca dan Dear M boleh ditonton di aplikasi Viu yang boleh di muat turun  secara percuma dari App Store, Google Play dan TV pintar terpilih dan juga di laman sesawang www.viu.com.

Tentang Viu International Limited

Viu merupakan penyedia layanan streaming OTT (over-the-top) terkemuka rantau yang dikendalikan oleh Viu International Limited. Ianya boleh didapati di 16 pasaran termasuk di seluruh Asia, Timur Tengah dan di Afrika Selatan dengan 36.1 juta pengguna aktif setakat Jun 2020. 

Perkhidmatan Viu boleh didapati dalam dua model iaitu tier pertama yang disokong dengan iklan dan tier langganan premium. Viu menyampaikan kandungan premium siri TV yang terkini, filem dan program gaya hidup lokal dan berbahasa rantau ini serta sari kata dalam pelbagai genre dari penyedia kandungan terkemuka,  dengan tema Asia dalam genre berbeza dari penghantar kandungan terkemuka serta produksi asal premium di bawah jenama “Viu Original”.  

Viu juga menawarkan pengguna perkhimatan penstriman dan ciri muat turun, dan pengalaman pengguna yang dilokalkan melalui pelbagai peranti bersambung. Viu boleh memberikan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira keadaan peranti atau rangkaian.

Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play) di peranti bersambung, cth. telefon pintar dan tablet, TV pintar terpilih, dan juga loh masuk di laman sesawang www.viu.com

Tambahan itu, Viu International Limited turut mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert muzik langsung yang popular di Hong Kong.

Tentang PCCW Limited

PCCW Limited (SEHK: 0008) adalah sebuah syarikat global yang beribu pejabat di Hong Kong dan mempunyai pegangan dalam syarikat-syarikat telekomunikasi, media, penyelesaian teknologi maklumat, pembangunan hartanah dan pelaburan, dan perniagaan lain. 

PCCW Limited mempunyai kepentingan utama dalam HKT Trust dan HKT Limited, penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama di Hong Kong dan pengendali terkemuka bagi perkhidmatan talian tetap, jalur lebar, komunikasi mudah alih dan hiburan media. HKT memberikan penyelesaian bersepadu dari hujung ke hujung menggunakan teknologi terkini untuk membantu perusahaan untuk mentransformasikan perniagaan mereka. HKT juga telah membangunkan ekosistem digital dengan mengintegrasikan program kesetiaan, e-dagang, pelancongan, insurans, perkhidmatan teknologi kewangan (FinTech) dan teknologi perubatan (HealthTech) untuk mengukuhkan hubungannya dengan pelanggan.

PCCW memiliki kumpulan multimedia dan hiburan yang bersepadu di Hong Kong yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan video OTT di Hong Kong dan juga di rantau ini.

Melalui HK Television Entertainment Company Limited, PCCW turut mengendali perkhidmatan TV domestik percuma di Hong Kong. 

Turut dimiliki sepenuhnya oleh PCCW Limited, PCCW Solutions adalah penyedia penyumberanluaran proses IT dan perniagaan terkemuka di Hong Kong, tanah besar China dan Asia Tenggara. Sebagai tambahan, PCCW memegang saham dalam Pacific Century Premium Developments Limited dan pelaburan luar negara yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang PCCW, sila layari  www.pccw.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Naik Kereta Sport Pergi Beli Belacan, Sharifah Shahira Buat Ramai Terhibur

Janna Nick Jawab Isu Drama DELEN Tiru Filem DILAN, Gesa Netizen Hentikan Budaya Toksik