in ,

Naik Kereta Sport Pergi Beli Belacan, Sharifah Shahira Buat Ramai Terhibur

Dengan personaliti lawak dan bersahaja, selebriti Sharifah Shahirah sentiasa membuatkan ramai peminatnya terhibur terutamanya menerusi posting lucu di Instagram. Pada semalam juga, penyampai radio tempatan ini sempat memuat naik rakaman kononnya mahu membeli belacan di kedai. Namun apa yang menarik perhatian adalah kenderaan mewah yang digunakan olehnya untuk pergi ke kedai.

Meraih hampir 200,000 ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan, aksi yang ditunjukkan oleh Sharifah Shahirah memang cukup mencuit hati. Dengan topi keledar pink beserta selipar Jepun, dia meluru ke sebuah kereta berwarna kuning namun perlu melangkah masuk gara-gara kenderaan itu tidak mempunyai pintu yang boleh dibuka seperti biasa.

Akibat berasa kurang selesa, dia membebel panjang mengkritik ciri-ciri kereta berkenaan yang disifatkan sebagai panas kerana tiada bumbung dan aircond.

Selamba je sound kereta juta-juta ada lalat…Hati-hati perut lekat stering

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menjadi terhibur kerana artis wanita ini begitu selamba merungut tentang kereta mahal berkenaan. Tidak ketinggalan, perhatian mereka juga teralih kepada bentuk perut Sharifah Shahirah yang nampak sedikit besar sekali gus beranggapan itu adalah baby bump. Namun dia sempat menafikan andaian berkenaan.

Naik Kereta Sport Pergi Beli Belacan, Sharifah Shahira Buat Ramai Terhibur
Naik Kereta Sport Pergi Beli Belacan, Sharifah Shahira Buat Ramai Terhibur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mark Adam Ganti Shuib di Geng Pagi Hot, dan Ini Reaksi Pendengar Hot FM

Drama Siri Viu Original Korea Terbaharu berjudul RIVER WHERE THE MOON RISES