in ,

Drama Seram KELIWON Lakonan Fasha Sandha, Fazura, Safura

SERAM SLOT MEMPERKENALKAN KELIWON!

Slot Seram yang disiarkan menerusi TV3 terus mendapat sambutan menggalakkan setiap minggu. Sejak diperkenalkan, bermula dengan siri Susuk sehinggalah Puaka Niang Rapik, peningkatan penonton yang menyaksikan slot yang disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam ini bertambah setiap kali ia disiarkan. Kini, TV3 mempamerkan kelainan dalam slot ini dengan menampilkan satu lagi siri seram, ”Keliwon” yang akan menemui penonton mulai 5 Februari 2009. Berbeza dengan siri yang ditayangkan sebelum ini, ”Keliwon” memaparkan kisah yang berbeza setiap minggu dengan pelakon-pelakon yang berbeza.

Zizan Nin, antara pelakon Keliwon

”Keliwon” diarahkan oleh Rashid Sibir, pengarah yang sinonim dengan drama bergenre cinta yang sering menyentuh perasaan naluri penonton menerusi hasil kerjanya. Buat pertama kalinya, Rashid mencuba sesuatu yang baru apabila berubah arah kepada menghasilan drama bergenre seram pula. Lebih menarik siri ”Keliwon” yang bersiaran sebanyak 13 episod ini menampilkan kelainan pada setiap episod yang memaparkan kisah seram rakyat. Siri ini diterbitkah oleh syarikat miliknya sendiri, Rashbir Media Sdn. Bhd.
 
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, ”Ini merupakan percubaan pertama TV3 bagi membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai cerita dalam slot seram ini. Apa yang penting, adalah pada tajuk itu sendiri. ”Keliwon” merupakan perkataan Jawa dan menurut kepercayaan mereka, makhluk-makhluk halus pada malam Jumaat ketiga setiap bulan merupakan malam yang ’keras’ dan akan merayau dan mengacau orang ramai. Drama sebegini bukan berniat untuk menakut-nakutkan orang tetapi ini adalah untuk mengajar penonton mengelakkan diri daripada tertipu atau mempercayai ajaran-ajaran tahyul. Cerita-cerita sebegini membangkitkan nostalgia kepada generasi lama dan membuka mata genarasi muda.”

Berdasarkan cerita-cerita seram rakyat ini, sebanyak 13 episod yang akan membawa penonton mengenali entiti-entiti seram dengan tajuk-tajuk menarik seperti Sungai Puaka, Darah Lantera, Saka Harimau, Saka Pulut Kuning, Santau, Pontianak, Hantu Kopek, Tiang Seri, Anak Belaan, Rasuk, Puaka Kain Kapan, Mak Andam Cantik dan Puja. Dengan cerita berbeza setiap minggu ia akan membangkitkan rasa seram dan suspen dalam minda penonton. Dengan jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami setiap episod juga turut menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan panduan.

Barisan-barisan pelakon yang membintangi ”Keliwon” ini juga tidak kurang hebatnya. Setiap minggu ia menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Emelda Rosmila, Zed Zaidi, Zulhuzaimi, Elly Mazlein, Fezrul Khan, Mariani, Adet, Kefli, Maria Farida, Hamidah Wahab, Khatijah Tan, Norlia Ramli, Wan Maimunah, Rosnah Mat Aris, Norkhiriah, Safura, Fazura, Azizan Nin dan ramai lagi.

Fazura manis pun ada dalam Keliwon

Kepada penggemar-penggemar siri seram, jangan ketinggalan untuk menonton pelbagai variasi cerita seram dalam siri ”Keliwon” yang akan mula ditayangkan di TV3 pada 5 Februari 2008. Untuk mengalami sendiri misteri dan mengembara ke alam mistik pastikan anda meluangkan masa menonton Keliwon di slot Seram setiap hari Khamis, jam 9.30 malam.

Fasha: “Saksikan Saya dalam Keliwon…”

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. ala..
    tak best lah fazura & fasha b’lakon drama seram. lagi pun ramai termasuklah saya sendiri. Menganggap mutu kualiti lakonan mereka “macam sekadar berlakon nak cari makan). tapi tak apa lah. yang penting “CANTIK” . Penonton pun tak kisah at least boleh menandingi pelakon2 jelita indonesia. Tapi yg hairannya pelakon2 jelita indonesia mantap & kualiti lakonan pun bertaraf antarabangsa. tak semua lah…. hehehe
    Apa2 pun terus kan berusaha memperbaiki kualiti lakonan bukan hanya “sekadar cari makan” or “CANTIK”.
    kalau nak pandai berlakon cuba rujuk kat Ida Nerina,Umie Aida & Nasha Aziz. Nasha Aziz pun “CANTIK” BUT dia bukan “SEKADAR CANTIK”. kualiti lakonan pun “5 STAR”.
    ini sekadar komen je. sebabnya saya lebih banyak menonton SINETRON.
    so,para artis di luar sana jangan “SEKADAR CARI MAKAN” or “CANTIK”.
    Idustri Perfileman Negara Kita “JATUH”

    minta maaf sekiranya tersalah bahasa.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama

Elyana Kena Busung Buatan Orang?