in ,

Drama Senyumlah Papa & Bila Papa Pakai Kebaya

Khas Hari Bapa : RTM Kongsi 2 Drama Menarik Di TV1

Rentetan hidup seorang bapa tunggal yang merana setelah kematian isteri dan kisah suami yang berperang dengan perasaan sendiri setelah dibuang kerja lalu menyamar menjadi perempuan untuk mendapat pekerjaan dikongsi pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan penonton setia salurannya dalam menghayati sambutan Hari Bapa yang diraikan seluruh negara pada 19 Jun depan.

Ternyata sumbangan dan jasa seorang bapa tidak dipandang sepi apabila sambutannya turut diraikan semeriah sambutan Hari Ibu yang disambut bulan lalu. Atas segala pengorbanan yang dicurahkan seharusnya sebagai anda mendalami perasaan seorang bapa tidak kira samada sewaktu suka atau dukanya.

Dua drama khas dijanjikan RTM bermula dengan tayangan drama Senyumlah Papa (10 Jun, Jam 10.30 pagi) dan diikuti Bila Papa Pakai Kebaya (11 Jun, Jam 9.00 Malam) yang kedua-duanya menemui penonton TV1.

Senyumlah Papa mengisahkan renteten kehidupan seorang bapa tunggal bernama Khalid yang mempunyai dua anak, Qayyum dan Hawa. Kematian isterinya telah merubah sikapnya secara mendadak dari seorang yang terlalu mementingkan kerjaya kepada seorang bapa yang ingin menjadi sahabat kepada anak-anaknya.
Kematian isterinya akibat leukemia juga telah membuka mata Khalid untuk menjalani gaya hidup yang sihat demi memastikan anak-anaknya tidak mewarisi penyakit genetik arwah isterinya. Begitupun takdir penentu segalanya apabila Hawa disahkan turut menghidap leukemia.

Sejak itu Khalid tanpa jemu mencari penawar kepada penyakit Hawa. Terlalu obsess mencari penawar membuatkan Khalid mengenepikan masa-masa gembira yang diperlukan oleh anak-anaknya.

Apakah tindakan yang diambil Qayyum dan Hawa untuk memastikan ayah mereka kembali ceria? Untuk itu saksikan Senyumlah Papa terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd menyaksikan lakonan Zamarul Hisham, Mohd Syafie Naswip, Maysarra, Zizie Ezett, Watie Elite, Angelina Tan dan Gana Paragasam.

Menerusi drama seterusnya bertajuk Bila Papa Pakai Kebaya pula mengetengahkan watak Zaini yang menjadi penganggur setelah dibuang kerja oleh majikannya. Dia berusaha gigih mendapatkan pekerjaan namun nasib tidak menyebelahinya kerana tawaran kerja hanya terbuka luas kepada golongan hawa.

Satu hari dia mendengar cerita majikan isterinya memerlukan pekerja untuk menjadi penyambut tetamu dan telefon. Namun tawaran itu hanya untuk wanita. Ketika itu terlintas di fikirannya untuk menyamar sebagai wanita dengan mengenakan kebaya untuk ke tempat kerja. Pada masa yang sama dia dapat memantau pergerakkan isterinya yang seringkali pulang kerja lewat.

Zaini seronok dengan penyamarannya hingga satu hari ianya terbongkar. Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Apakah rahsia yang disembunyikan Maria daripada pengetahuan Zaini apabila satu hari dirinya ditangkap curang dengan bekas teman lelakinya, Ashraf? Siapa pula Suhana yang muncul di pertengahan telemovie ini?

Saksikan kesudahan drama lakonan Joey, Siti Fazurina, Zaibo, Maimon Mutalib, Yus Raja Lawak, Zarina AF dan Kismah Johar hanya di TV1.

Drama Senyumlah Papa

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Awal Ashaari Hos Program Realiti TV Aci Tak Aci

Muzik Video Pesawat Excuse Me