in

Drama Sempena Hari Guru Lakonan Faizal Yusup, Fazurina

DRAMA TINGKATKAN KESEDARAN KEPENTINGAN PELAJARAN KEPADA ANAK-ANAK ORANG ASLI TAYANGAN TV2 SEMPENA HARI GURU

Memandang sisi lain dua orang guru muda yang gigih mengajar anak-anak Orang Asli di pendalaman, drama menarik disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 15 Mei 2010 (Sabtu), jam 10.00 pagi mengisi slot Mustika di TV2 ini pastinya memberikan plot cerita yang menampilkan kelainan daripada biasa apabila mengambil latar lokasi kawasan perkampungan Orang Asli yang sebenarnya untuk menjayakan drama bertajuk Gurukah Aku ini.

Mengetengahkan barisan pelakon drama terkenal Faizal Yusup, Fazurina, Zuhairi Ibrahim, Ben Kenobie, Mysarra dan Zain Yahya, Gurukah Aku mengisahkan pengorbanan guru-guru muda untuk membangunkan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Para guru ini sanggup mengorbankan jiwa dan tenaga demi anak-anak didik mereka. Jarak dan masa bukannya menjadi penghalang kepada guru-guru ini untuk menabur jasa.

Cikgu Kamal dan Cikgu Siti Zarina merupakan dua orang guru yang berasal dari bandar Kuala Lumpur dan tidak pernah bertugas di sekolah-sekolah Orang Asli. Namun begitu, Cikgu Kamal dan Cikgu Siti Zarina yakin bahawa dengan memberikan didikan yang sempurna kepada murid-murid Asli, tidak mustahil murid-murid ini boleh berjaya seperti murid-murid sekolah bandar.

Untuk menyedarkan akan kepentingan pendidikan, Cikgu Kamal telah menemui Tok Batin Andak untuk menarik anak-anak Orang Asli untuk hadir ke sekolah. Pada peringkat awal usaha Cikgu Kamal ini menghadapi masalah kerana para murid dan ibu bapa Orang Asli tidak nampak akan kepentingan pendidikan kepada mereka.

Penentangan para ibu bapa Orang Asli ini diambil kesempatan oleh Cikgu Aman untuk menghasut para ibu bapa murid Orang Asli. Cikgu Aman sememang tidak suka akan kehadiran Cikgu Kamal di sekolah tersebut. Kemarahan Cikgu Aman bertambah lagi apabila dia melihat Cikgu Siti Zarina sentiasa rapat dengan Cikgu Kamal.

Cikgu Zaharah yang sudah lama memendam perasaan pada Cikgu Aman agak cemburu kepada Cikgu Zarina kerana Cikgu Aman ada meluahkan perasaanya terhadap Cikgu Zarina kepadanya. Sedikit sebanyak Cikgu Zaharah agak kecewa dengan pengakuan Cikgu Aman. Mengharapkan satu hari nanti Cikgu Aman membalas cintanya. Walaubagaimanapun Cikgu Zaharah tidak berniat untuk bersaing dengan Cikgu Zarina dan menganggap Cikgu Zarina rakan sekolahnya dan kawan baiknya.

Nina pelajar rajin di sekolah tersebut menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahannya kerana ibu bapanya tidak mampu menanggung persekolahnnya. Nina dipaksa oleh ibu bapanya untuk berhenti sekolah dan membantu ibu bapanya mencari hasil hutan dan menoreh getah. Hajat ibu bapa Nina ini diketahui oleh Cikgu Kamal dan Cikgu Siti Zarina. Kedua-dua guru ini pergi berjumpa dengan ibu bapa Nina dan mengambil Nina sebagai anak angkat dan menanggung semua perbelanjaan sekolah. Nina diambil tinggal dengan Cikgu Siti Zarina.

Beberapa peralatan komputer sekolah telah hilang dari makmal. Cikgu Aman tahu bahawa beberapa budak nakal dari kawasan Felda berdekatan mencurinya. Tetapi demi kepentingan peribadi, Cikgu Aman bersubahat dengan budak-budak nakal ini untuk mengenakan Cikgu Kamal. Cikgu Zaharah menasihati Cikgu Aman supaya tidak membuat perangai sebegitu.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Dapatkah kebenaran dibuktikan di penghujung jalan cerita? Pastikan anda menyaksikan drama Gurukah Aku sempena sambutan Hari Guru ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Komedi Da Bomba Lakonan Elly Suriaty, Anita Baharom

Drama Unjul Nak Jadi Orang Lakonan Jue Aziz, Zul Huzaimy