in

Drama Komedi Da Bomba Lakonan Elly Suriaty, Anita Baharom

Semalam, Budiey berkesempatan untuk menghadiri satu majlis ramah mesra bersama pelakon drama komedi Da Bomba. Ya, cerita tentang pasukan bomba yang jarang dipertontonkan di kaca TV. Kalau filem Hollywood, rasanya dah banyak kehidupan bomba dan kisah perjuangan mereka dipaparkan.

Majlis ringkas yang diadakan di Executive Dining, Penthouse Tingkat 4, Sayap Utama, Sri Pentas, Bandar Utama ini diadakan pada jam 11 pagi bersama dengan pelakon tele-drama yang akan menggantikan Adamaya iaitu drama SyahJihan. Maka, kat majlis ni, ramailah pelakon drama yang Budiey sempat jumpa.

4604866891 1E51C7Fa57 O | 4

Drama komedi Da Bomba ini disiarkan menerusi slot Senda Pagi mulai 6 Mei 2010 yang lalu, setiap Khamis, jam 11 pagi. Manakala Syah Jihan pula akan mula disiarkan pada 17 Mei 2010, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

Drama bersiri Da Bomba diterbitkan oleh SRS Productions akan bersiaran sebanyak 13 episod. Menceritakan tentang kehidupan dan kejiranan yang berlaku di kuaters Bomba dan Penyelamat. Ianya sebuah drama yang mempunyai mesej dan informasi berguna kepada masyarakat dalam meniti kehidupan harian.

Membawa genre komedi ringan, akan memperlihatkan kerja-kerja Bomba dan informasi serta memberikan gambaran jelas betapa beratnya tugas sebagai anggota bomba. Selain itu, pihak produksi menyelitkan juga elemen-elemen masyarakat yang tinggal di satu kawasan yang dipanggil Kelompok Da Bomba.

4605474814 5D206B931C O | 5

Sinopsis Da Bomba
Kisah bermula pada awal pagi apabila suami berangkat ke pejabat masing-masing. Bermula dari situ, kaum isteri akan mula berkumpul dan menceritakan perihal masing-masing. Mai, isteri kepada PB Rosli seorang yang kuat bercerita dengan loghat Pahang yang pekat. Ainon aka Anne pula, isteri kepada PB Idris yang sangat cantik dan suka melaram. Sementara Kumari adalah isteri kepada Manoharan seorang yang kelakar dan sentiasa ada agenda untuk buat orang ketawa. Kak Siti penjual nasi lemak adalah isteri kepada PB Othman selalu mengambil kesempatan menjual nasi lemak.

Kaum isteri juga sedang ternanti-nanti ketibaan Ketua Balai yang akan berpindah ke kuarters. Jadi, timbullah pelbagai spekulasi dan ramalan mengenai isteri Ketua Balai yang bakal menjadi jiran mereka.

Kedatangan ketua balai Tuan Eizlan bersama isterinya Suhani dan dua orang anak mereka membuka mata kaum wanita di situ. Suhani memang seorang yang cantik dan berpelajaran tinggi.

Namun, sikap yang kurang berkomunikasi menyebabkan dirinya tidak disukai oleh isteri-isteri di kuarters. Sejak berpindah, Suhani jarang kelihatan keluar dari rumah justeru menguatkan lagi tanggapan orang bahawa Suhani seorang yang sangat sombong.

Drama bersiri ini dibintangi oleh Elly Suriaty, Anita Baharom, Sharifah Shahora, Wan Sharmila, Rozie Othman, Aida Aris, Azza AF, Razak Ahmad, Ezani Ezarif, Hamdan Ramli, REM, Khairil Anwar dan ramai lagi.

Kepada yang takde kerja nak buat, boleh menonton Da Bomba setiap Khamis, jam 11 pagi. Manakala Syah Jihan pula akan mula disiarkan pada 17 Mei 2010, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

4605477520 19Ce824Bd8 O | 6

Dihoskan oleh dua orang pengacara yang bakal meningkat popular. Hehe 🙂

4604864271 50408B6Ab6 O | 7

4605479874 Fa9F38D867 O | 8

4604865685 25C22Bd4Db O | 9

Rem suka berlakon untuk mengisi masa.

4604868559 9E0E0F22B2 O | 10

Anita Baharom

4605484758 Bc07Be4250 O | 11

4605486144 95F085866A O | 12

4604866137 F8F3C7A3A9 O | 13

Wan Sharmila

4605481438 7De67399D1 O | 14

Elly Suriati

4605476206 156F0F6F7C O | 15

Pengerus majlis 🙂

4604862349 3F49D3B250 O | 16

Bacaan Doa dari Ustaz Fauzi Hashim sempena hari ibu

4605475702 47Edd6Feeb O | 17

Pengarah drama Da Bomba

4605474260 77195Da05C O | 18

Ezany yang memegang watak suami kepada isteri bomba

4604872239 31Dea08Dca O | 19

Stunt dilakonkan sendiri. Watak gadis yang terjun bangunan sebab nak bunuh diri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Diana Danielle di AIM17

Drama Sempena Hari Guru Lakonan Faizal Yusup, Fazurina