in , ,

Drama SAKA Lakonan Juliana Ibrahim Nasir Bilal Khan di TV3

Slot Seram Terbaru: Saka
Rasanya korang yang meminati drama Anak Pontianak dah tahu yang drama tu dah berakhir semalam. Jadi, minggu depan sebuah lagi drama bercorak seram akan mengisi kekosongan. Di TV3 sudah ditayangkan sneak peak dan trailer untuk drama lakonan Juliana Ibrahim ini.

Majlis Ramah Mesra SAKA
Pada 17 Januari 2008 (kelmarin), Sensasi Selebriti telah ke Good Evening Bangkok, Lot G343A, New Wing, One Utama untuk mengikuti satu majlis beramah mesra bersama pelakon drama SAKA.

TV3 Suka Drama Seram?
Setelah selesainya cerita Anak Pontianak di slot Seram, TV3, sebuah drama terbaru berjudul “SAKA” akan mengisi slot seram tersebut. Saka yang menjalani pengambaran di sekitar negeri Selangor dan Palembang, Indonesia ini sudah dimulakan pengambarannya pada penghujung Disember yang lalu. Jika Anak Pontianak diadaptasi dari kisah ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ namun bagi Saka diharap penonton tidak menyalah tafsirkannya sebagai sebuah lagi karya adapatasi misalnya dari filem ‘Waris Jari Hantu.’

Sinopsis SAKA
Saka merupakan satu kisah bagaimana sebuah kumpulan yang berusaha dalam merongkai masalah-masalah mistik yang wujud di kalangan masyarakat. Setiap episod akan memaparkan satu misteri berdasarkan kisah benar yang berlaku, contohnya bagaimana sekumpulan manusia yang sesat telah menyembah busut semata-mata untuk mendapatkan nombor ekor, dan kumpulan ini akan berusaha untuk menghapuskan amalan-amalan khurafat seperti ini.

Saka diarahkan oleh Ismail Yaacob dan dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali, Zizan Nin, Juliana Ibrahim, Nasir Bilal Khan, Ery Putra dan ramai lagi. Kisah seram yang akan menganggu mimpi anda ini dapat diikuti dalam slot Seram, setiap khamis, 10.30 malam di TV3, bermula 24 Januari nanti.

Biarkan hidup anda akan dipenuhi misteri dengan menonton SAKA. Jangan lupa tonton drama ini, hanya di TV3!

[tags]drama saka, sinopsis saka, Dato’ Rahim Razali, Zizan Nin, Juliana Ibrahim, Nasir Bilal Khan, Ery Putra, gambar juliana, Good Evening Bangkok, palembang tour, gambar anak pontianak[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar HotFM Yeah Yeah Di Kota Kinabalu, Sabah

Avril Lavigne Cleared From Copyright Suit