in

DRAMA PR NANI LAKONAN YATT, INTAN AZURA, ROY AZMAN

PR NANI MEMAPARKAN KISAH SEORANG GRADUAN YANG TERPAKSA BERTUGAS SEBAGAI PEMBANTU RUMAH.

Mendalami suka duka kehidupan seorang graduan universiti yang memiliki segulung ijazah yang terpaksa menghadiri temuduga demi temuduga. Namun akhirnya terpaksa berpuas hati apabila secara tidak sengaja dan salah faham yang berlaku membuatnya terpaksa bekerja sebagai seorang pembantu rumah selam setahun. Begitulah intipati drama bersiri ‘PR Nani’ yang akan menemui penonton setia RTM1 pada setiap Khamis, jam 9.00 malam bermula 13 November ini.


 
‘PR Nani’ mengetengahkan bakat pelakon remaja yang sedang meningkat naik, Yatt. Pastinya lakonan mantap gadis cantik manis ini bisa menambat hati penonton bagi menyaksikan drama bersiri 13 episod  ini hingga ke penghujungnya. 
 
Drama bersiri terbitan Enuja Production Sdn. Bhd. ini mengisahkan seorang gadis berusia akhir 20-an yang bernama Nani. Dia memiliki segulung ijazah dalam jurusan pentadbiran awam, telah banyak temuduga telah dia hadiri. Namun segalanya hampa. Segulung ijazah tidak menjanjikan pekerjaan yang hebat pada zaman yang serba mencabar ini.

Pada suatu hari Nani telah menghadiri satu temuduga bagi mengisi jawatan PR yang mana pada sangkaannya yang memberinya jawatan eksekutif perhubungan awam. Berkat kesabarannya akhirnya berbaloi apabila dia telah diterima kerja oleh Tuan Izam iaitu pemilik Syarikat Paksi Emas Holding. Namun keraguan berputik dihati Nani apabila Tuan Izam menyatakan bahawa Nani boleh mula bekerja keesokan harinya di sebuah tempat yang alamatnya berbeza dari alamat bangunan Paksi Emas Holding itu.

Namun kerana tertarik dek tangga gaji, tempat tinggal dan makanan yang disediakan dan juga kerana syarikat itu sahaja yang mahu mengambilnya bekerja membuatkannya terus bersetuju dan terus menandatangani kontrak bekerja selama setahun. 

Sewaktu melaporkan diri alangkah terkejutnya Nani apabila dia diperkenalkan kepada Puan Yanie dan empat orang anaknya iaitu Ebby yang berusia 17 tahun, Emmy (15 tahun), Zack (12 tahun) dan Zara (6 tahun). Kini dia mulai sedar bahawa jawatan PR yang dijawatnya adalah Pembantu Rumah.

Nani kini berada di persimpangan dilemma apabila dia menyedari bahawa dia terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah dan menyedari bahawa dia telahpun mengikat kontrak bekerja selama setahun bersama Tuan Izam. Namun sedikit demi sedikit, Nani dapat menyesuaikan diri kerja barunya itu apabila kemesraan antara dia dan keempat-empat anak Tuan Izam dan Puan Yanie terjalin.

Nani juga mula bersahabat dengan Pak Nin, pemandu kepada Tuan Izam yang sedikit miang dan gatal sejak bergelar duda dan juga Raja iaitu seorang tukang kebun yang turut bekerja dengan keluarga itu.

Dapatkah Nani menjadi seorang pembantu rumah yang baik ?Adakah dia mampu berhadapan dengan gelagat anak-anak Tuan Izam dan Puan Yanie ?Dapatkah dia terus bertahan sehingga berakhir tempoh setahun kontraknya ?

‘PR Nani’ dibintangi oleh Yatt, Intan Azura, Roy Azman, Zam-zam, Zoey Tan, Wan Suhaimi, Sathiya dan Maimun Talib. Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton drama ‘PR Nani’ untuk mengetahui kesudahannya. ‘PR Nani’ bakal bersiaran setiap hari Khamis, jam 9.00 malam di RTM1 bermula 13 November ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DRAMA CAHAYA MATA NURAIN LAKONAN SAFURA YAACOB, RAISSUDDIN HAMZAH

Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey