in ,

Astro Perkenal Rangkaian Drama Melayu Astro 2017

Pada hari ini, Astro bakal mengadakan Majlis Sidang Media & Pelancaran Eksklusif Rangkaian Drama Melayu Astro 2017” pada 15 Mac 2017 (Rabu) di sebuah lokasi yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sebagai sebahagian dari usaha untuk mengukuhkan lagi legasi dalam industri seni, Astro bakal menjadikan empat saluran utamanya iaitu Astro Ria, Astro Prima, Astro Warna dan Astro Oasis sebagai hub utama bagi rangkaian drama-drama Melayu terhebat. Mengikuti kejayaan drama-drama di saluran Astro Ria dan Astro Prima, saluran Astro Warna dan Astro Oasis kini akan turut menawarkan pilihan drama terbaik buat penonton mereka. Dengan adanya lebih saluran, penonton akan mempunyai lebih pilihan drama dengan genre yang berbeza bagi memenuhi citarasa setiap individu.

Apakah barisan drama Melayu hebat yang menanti penonton Astro untuk tahun 2017 di keempat-empat saluran ini? Saksikan secara eksklusif sedutan ringkas drama-drama Melayu yang akan menggegarkan industri seni pada tahun ini.

Turut hadir memeriahkan majlis ini kelak ialah barisan pelakon popular tanah air seperti Amyra Rosli, Amar Baharin, Fahrin Ahmad, Anzalna, Saharul Ridzwan, Jihan Muse, Kamal Adli, Kay Khydir, Ungku Hariz, Farali Khan, Dafi, Luqman Hafidz, Mark Adam, Atilia, Fadhlan Hazim, Zarul Umbrella, Puteri Najua, Zoey Rahman, Nina Nadhira, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Daniel Fiq, Hakim Yazid, Natasha Elyzza dan ramai lagi.

Sama-sama kita nantikan senarai drama yang bakal ditayangkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seiring Sejalan ke Pulau Boracay Bersama Amaris, Maria Tunku Sabri & Sharifah Zarina

Telemovie GELAP Lakonan Sharnaaz Ahmad & Beto Khushairy