in ,

Drama MARHABAN KOME OI Lakonan Fauziah Nawi

Sudah semestinya menjadi adat orang Melayu untuk menjemput kumpulan marhaban ke rumah mereka demi menghidupkan lagi suasana majlis yang diadakan. Namun, apakah pula yang akan berlaku serkiranya kumpulan marhaban tersebut dianggotai sekumpulan wanita yang bermacam-macam ragam?

Marilah kita sama-sama mengikuti telatah lucu ahli-ahli kumpulan Marhaban wanita “Wardah” dalam sebuah drama komedi terbaharu 20 episod, Marhaban Kome Oi yang bakal muncul di kaca televisyen di slot Iris mulai 18 Julai (Isnin) ini!

Marhaban Kome Oi 8

Kumpulan Marhaban Fauziah Nawi Menyasarkan Hadiah Utama RM10,000?

Drama terbitan A.Aida Production Sdn. Bhd. yang diarahkan Nuad Hj. Othman ini membariskan pelakon-pelakon berbakat seperti Fauziah Nawi, Delimawati, Kartina Aziz, Watie Sadali, Ana Dahlia dan ramai lagi.

Marhaban Kome Oi mengisahkan kumpulan marhaban yang diketuai oleh Ustazah Faridah (Fauziah Nawi). Mereka amat komited terhadap aktiviti marhaban dan sering mendapat undangan. Perwatakan dan karenah setiap ahli marhaban yang berbeza ini sering menimbulkan pelbagai insiden lucu dan mencuit hati.

Pada suatu malam, ketika sesi latih marhaban sedang berjalan, Mak Dara (Ana Dahlia) telah memberitahu kepada ahli kumpulan yang lain bahawa kumpulan Marhaban Kome Oi (MKO) telah dijemput untuk menyertai pertandingan marhaban peringkat daerah. Rupa-rupanya, Mak Dara telah mendaftarkan nama kumpulan MKO untuk pertandingan ini sebagai satu bentuk promosi. Mereka semua menjadi lebih teruja apabila mendapat tahu bahawa hadiah utama pertandingan ini bernilai RM10,000!

Konflik berlaku apabila salah seorang ahli kumpulan MKO, Kak Besah Lawa (Watie Sadali), tidak dapat menyertai pertandingan itu kerana dia bercadang untuk ke Paris bersama-sama dengan bekas-bekas ratu cantik yang lain untuk memperkenalkan pakaian tradisi Malaysia. Ahli kumpulan MKO memujuk Kak Besah Lawa agar menyertai pertandingan marhaban ini. Oleh kerana ini merupakan satu-satu peluang terbaik untuk ke luar negara, Kak Besah Lawa tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini.

Pada mulanya, mereka bercadang untuk mencari pengganti baru sahaja. Akan tetapi, masa semakin suntuk dan mereka takut sudah tidak sempat untuk menjalankan sesi latihan. Adakah impian mereka untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 akan tercapai?

Ikuti kisah kumpulan marhaban Marhaban Kome Oi yang dianggotai oleh ahli-ahli kumpulan pelbagai warna karakter dalam Marhaban Kome Oi setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di slot Iris, TV3! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my.

Marhaban Kome Oi 7

Marhaban Kome Oi 6

Marhaban Kome Oi 5

Marhaban Kome Oi 4

Marhaban Kome Oi 3

Marhaban Kome Oi 2

Marhaban Kome Oi 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Naufal Juara Qari Jr. Musim Ke-5

Amar Bahrin & Amyra Rosli Umum Tarikh Nikah