in

Ahmad Naufal Juara Qari Jr. Musim Ke-5

Setelah 7 minggu bersiaran, Ahad lalu pentas akhir Qari Jr. musim ke-5 telah menobatkan Ahmad Naufal bin Fauzi sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 daripada TV3. Naufal, 12 tahun berasal daripada Kota Bharu, Kelantan turut membawa pulang pakej Umrah tajaan Almas Beauty & Health selaku penaja utama dan baucar tunai RM900 tajaan Ana Muslim Sdn Bhd sebagai penaja bersama dan majalah rasmi apabila mendapat markah tertinggi iaitu 94%.

pemenang tempat ke3- Danish Farhan

Manakala tempat kedua dengan markah 90%, dimenangi oleh Sofea Humairah binti Erwan (11 tahun) dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 daripada TV3, komputer tablet (tajaan Almas Beauty & Health) dan juga baucar tunai RM750 (tajaan Ana Muslim Sdn Bhd).

Tempat ketiga pula menjadi milik adik Danish Farhan bin Abdul Razak (10 tahun) yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 daripada TV3, komputer tablet (tajaan Almas Beauty & Health) dan baucar tunai RM600 (tajaan Ana Muslim Sdn Bhd) apabila berjaya mendapat 81%. Adik Hana Batrisyia binti Fairuz dan Adik Wan Ahmad Nur Firas bin Wan Mohd Nurussabah masing-masing menerima hadiah saguhati sebanyak RM1,000 daripada TV3 dan baucar tunai RM150 tajaan Ana Muslim Sdn Bhd.

Kemerduan alunan suara Ustaz Abdullah Fahmi yang juga juara akademi Al-Quran musim pertama mengalunkan surah Al-Alaq menjadi pembuka pentas akhir Qari Jr. musim ke-5 bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Kesemua peserta dinilai 100% oleh juri professional yang diwakili oleh Ustaz Nik Azizan selaku juri tetap bersama juri jemputan, Ustaz Abdullah Fahmi.

Persembahan lima peserta akhir dinilai melalui lima kategori iaitu hafazan (30%), Tajwid (30%), Fasohah (20%), Taranum (10%) dan kefahaman ayat (10%).

Bagi memberi cabaran yang berlainan di pentas akhir, kelima-lima perserta diuji hebat dengan dua tema berlainan pada pentas akhir ini. Untuk tema kedua, pengetahuan mereka dicabar apabila perlu menjawab soalan secara spontan mengenai kefahaman tajwid di dalam surah yang dibaca mereka. Berikut adalah maklumat surah yang dibaca pada pentas akhir Qari Jr. musim ke-5:

Peserta Tema pertama: Keesaan Allah Tema Kedua: Penawar Dalam Al-Quran
1)     Wan Ahmad Nur Firas bin Wan Mohd Nurussabah Surah As-Shura, ayat 11 Surah Al-Isra’, ayat 82
2)     Danish Farhan bin Abdul Razak Surah al-Hadid ayat 11 Surah An-Nahl, ayat 68
3)     Hana Batrisyia binti Fairuz Surah al-Qasas ayat 84 Surah An-Nur, ayat 35
4)     Sofea Humairah binti Erwan Surah Az-Zukhruf, ayat 1 Surah Yaseen ayat 34
5)     Ahmad Naufal bin Fauzi Surah Ar-Rom, ayat 26 Surah An-nahl ayat 65

Pentas akhir Ahad lalu turut menyaksikan persembahan daripada kumpulan nasyid popular, Raihan, persembahan istimewa oleh ayah kepada Sofea Humairah, iaitu Erwan daripada kumpulan The Muhibbains dan penampilan maskot Boboiboy yang memberi kata-kata semangat untuk adik-adik di atas pentas. Para penonton juga dihiburkan dengan bacaan ayat al-Quran daripada peserta paling muda yang datang ke sesi ujibakat musim ini iaitu adik Fatimah Az-Zahra berusia 4 tahun. Walaupun usianya masih muda, namun dia sudah mampu menghafaz dua juzuk Al-Quran.

Semoga apa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak cilik ini dalam Qari Jr. menjadi inspirasi buat kesemua penonton yang menonton, kerana sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun hanya satu huruf mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah S.W.T. Tahniah diucapkan buat juara, Ahmad Naufal, semoga terus berjaya di masa hadapan sebagai pewaris generasi Al-Quran!

Pemenang tempat ke-2 Sofea Humairah

Naufal & keluarga

Juri Tetap (Ust. Nik Azizan) & Ustz. Abdullah Fahmi

hos- Fakhrul Radhi

Fatimah Az-Zahra peserta paling muda hadir ke sesi ujibakat Qari Jr. 5

ahmad Naufal diumumkan sebagai juara

3 pemenang Qari jr.5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Trending: Iklan Terlampau Aksi Henjut Kak Mawar Undang Kecaman

Drama MARHABAN KOME OI Lakonan Fauziah Nawi