in

Hadiah RM60,000 untuk DRAMA LIRIK Hot FM!

Bermula 17 Julai 2017 hingga 25 Ogos 2017 nanti, Hot FM bakal tampil dengan sebuah lagi kempen yang menjanjikan hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 untuk dimenangi!

Drama Lirik Hot akan membariskan 4 pelakon berbakat besar untuk menguji kecekapan pengetahuan pendengar stesen tersebut dalam meneka tajuk-tajuk lagu.

DRAMA LIRIK Hot FM

Para pelakon yang dimaksudkan adalah Ayda Jebat yang digandingkan bersama Redza Rosli manakala si cantik manis Mira Filzah dipasangkan dengan Hafidz Roshdi. Mereka akan mempersembahkan sketsa drama yang bertemakan lirik-lirik lagu di mana pendengar akan meneka tajuk lagu beserta penyanyi melalui pengamatan mereka ke atas dialog sketsa drama tersebut.

Seterusnya, pendengar harus menantikan isyarat memanggil dan jadilah pemanggil terpantas untuk melayakkan diri untuk meneka lagu yang dimaksudkan. Sekiranya mereka berjaya, wang tunai bernilai RM500 akan menjadi milik mereka. Namun sekiranya, tekaan gagal, wang tunai tersebut akan dibawa ke hadapan dan menjadi jumlah yang lumayan untuk dimenangi untuk set seterusnya.

Drama Lirik Hot akan menemui para pendengar setiap hari melalui keempat-empat syif di frekuensi Hot FM iaitu Geng Pagi Hot bersama Shuk, Ajak dan Fizie pada jam 6.00 pagi hingga 10.00pagi. Juga bersama Zetty di segmen Muzik Hot bermula jam 10.00pagi hingga 4.00petang, dengan Jam Hot yang diterajui oleh Deen dan Issey tepat jam 4.00petang hingga 8.00malam dan peluang terakhir bersama duo 50 Jam iaitu Haziq dan El pada jam 8.00malam hingga 12 tengah malam.

Di penghujung kempen, Drama Lirik Hot akan menemui pendengar secara langsung melalui sebuah mini showcase bersama pasangan pelakon tersebut yang juga bakal disertai dengan artis-artis popular masa kini. Informasi lanjut akan diuar-uarkan melalui platform media sosial rasmi Hot FM, laman web rasmi Hot FM serta frekuensi Hot FM seluruh negara.

Untuk informasi lanjut, pendengar boleh melayari laman web serta laman sosial media rasmi Hot FM di www.hotfm.com.my dan Facebook/Instagram/Twitter : hotfm976.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Da’i pendakwah Nusantara Musim Ke-5

Selepas Singapura Restoran Mamanda Kini Menakluki Malaysia