in ,

Drama Laila Asyikin Lakonan Fahrin Ahmad

Segalanya hanyalah mimpi indah yang membuaikan. Tidak disangka sama sekali kebahagiaan yang dikecapi hanyalah keasyikan yang memukau sehingga empunya diri tidak sedar bahawa dirinya telah dikhianati oleh suami tercinta. Kini, dia perlu bangkit dan berjuang untuk mempertahankan haknya walaupun perjuangan itu getir! Saksikan siri drama terbaru di slot Samarinda terbitan MIG Production berjudul “LAILA ASYIKIN” yang akan bermula siarannya pada 1 Julai 2010, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam di TV3.

4745367209 54D8F01E84 O | 4

KEKECEWAAN DEMI KEKECEWAAN MENIMPA HIDUPNYA
MAMPUKAH LAILA ASYIKIN BANGKIT SEMULA?

Masih memaparkan drama berat tentang pergolakan korporat, konfilk keluarga di kalangan ahli perniagaan dan juga kisah cinta, LAILA ASYIKIN yang mempunyai 16 episod, diarahkan oleh Heykal Hanifah dan penghasilan skrip oleh Zarihah Hassan. Siri ini mengetengahkan bakat baru yang semakin menonjol, Nur Fathia Abdul Latiff sebagai watak utama iaitu Laila Asyikin serta dibantu oleh pelakon popular tanahair seperti Fahrin Ahmad, Irfan Roslan, Hamidah Wahab, Fadhil Dani, Hisham Ahmad Tajudin, Zain Ruffedge, Diana Amir, Nurzul Suphian, Adeline Anthony Tsen dan ramai lagi.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, “Slot Samarinda kerap memaparkan kisah pergolakan hidup di keluarga korporat. Jalan cerita drama yang berat dan mengundang emosi berjaya menjadi faktor utama menyumbang kepada kepopulariti slot drama tersebut. Terbaru, LAILA ASYIKIN yang sarat dengan mesej-mesej yang boleh dijadikan pengajaran mengingati kita bahawa perlu sentiasa bersiap sedia dengan ilmu dan jangan sesekali melepas tangan dalam tanggungjawab masing-masing.”

4746005930 82735C4F29 B | 5

4746006212 D62B66820F B | 6

“TV3 sentiasa menyuntik elemen baru dalam persembahan program-program agar tidak terlalu klise. Selama 26 tahun bersiaran, sokongan padu daripada jutaan penonton setia amatlah bermakna buat kami dan menjadi sumber insipirasi stesen untuk memberikan hanya yang terbaik di kaca TV!” ujar Puan Nurul.

Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak berkerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Laila Asyikin tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holding Berhad. Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings Sdn Bhd atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, United Holdings Sdn Bhd telah berkembang maju di bawah pentadbirannya.

Perkahwinan Laila Asyikin dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila Asyikin dan anak-anak tergugat serta berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut yang telah membongkarkan rahsia Mikhail. Sarah telah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.

Tanpa pengetahuan Laila Asyikin, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia 3 bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila Asyikin telah mengambil tindakan segera. Dia telah mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah. Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail iaitu Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila Asyikin telah menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.

Selepas Mikhail sedar daripada koma, adakah dia akan dimaafkan oleh Laila Asyikin? Berjayakah Laila Asyikin merungkai kemelut dalam rumahtangga dan juga syarikatnya? Adakah hubungan Remy dan Laila Asyikin akan bertukar menjadi intim?

Jangan lupa saksikan siri drama terbaru “LAILA ASYIKIN” di slot Samarinda, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam bermula 1 Julai 2010.

4746006396 65F585Bc84 O | 7

4745367363 35549650Dc O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

How the Earth was Made

Aizat Cipta Lagu Erti Hari Ini Untuk Rakyat Palestin