in ,

Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira

Slot Lestary bakal menceriakan para penonton TV3 dengan hidangan drama bersiri terbaru berjudul Ku Milikmu bermula 5 Ogos 2008, setiap hari Selasa, jam 9.00 malam. Ku Milikmu ni macam pernah dengar la… ooo baru Budiey ingat, takke tajuk lagu Siti Nurhaliza kan? Khabarnya, satu majlis ramah mesra akan diadakan bersama para pelakonnya iaitu Eira Syazira, Farahdhiya, Zizan Nin, Adzriefaiz, Capt. Md Nor, Liza Othman, Norseha, Khaty Fauziah dan Buzen untuk memberi ruang kepada pihak media beramah mesra dan mengetahui lebih lanjut mengenai drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini. 

Sinopsis Ku Milikmu

Ku Milikmu mengisahkan Iqbal dan Suraya yang telah menjalinkan percintaan selama dua tahun melalui internet. Iqbal mengenali Suraya sebagai Kirana kerana Suraya menggunakan nama samaran sebagai Kirana di dalam internet. Suraya merupakan anak Malaysia dan dibesarkan di luar Negara. Suraya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan bertemu buat pertama kalinya dengan Iqbal. Namun, ketika di lapangan terbang Suraya terfikir untuk menguji kejujuran Iqbal dengan menyuruh pembantunya yang bernama Kirana untuk menggantikan tempatnya.

[tags]drama kumilikmu, lagu siti nurhaliza, Eira Syazira, Farahdhiya, Zizan Nin, Adzriefaiz, Capt. Md Nor, Liza Othman, Norseha, Khaty Fauziah, Buzen, lirik blog, utusan malaysia[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Dgar2 .. lirik lgu ni n Prcayalah (sblum Biarlah Rahsia) mmg Ct dh dtuju kt DK sblum press dpt tau psl relation diaorg, tul ke?

  2. minat gila ngan slot sensasi tv3 iaitu kumilikmu..tp memandangkan aku kerja tdk dptlh tgk…
    diharap pihak tv3 menerbitkan slot ini ke dalam cd,seperti drama susuk yg mempunyai versi box,full episode…
    nak kumpul semua siri tv3..
    aku ne memang peminat setia tv3…
    diharap ada versi box nya k…

  3. Honeybee >>> Aiseyman honey.. u mcm tak tau pulak..
    Biasalah lagu2 tu kan ada kena mengena dgn diri dia terutama skali lagu,senikata yg dicipta oleh dia…. 😉

    Ku tengah menunggu dia cipta lagu yg bertajuk
    Hidup Ku Dalam Penafian 🙂

  4. Tabuan…ko pun cipta la satu lagu kat Atuk..kan ko kate nak ngurat Atuk..jd sblom Atuk tinggal kan nenek..sekurang-kurangnye ade gak kenangan cinta petama ko n Atuk..then bila dah kawen..lg byk lagu ko cipta kat Atuk..lg mekar la bunga2 cinta ko n Atuk..aku tumpang bahagia..hehehehe ;D

  5. Ummie >>> Boleh sangat sangat…
    Akan ku cipta sebuah lagu khas utk atuk berjudul
    Cinta Ku Di Atas Wang Kertas..

    Aku nak tambahkan harta ku yg sudah sedia ada atas usaha ku sendiri.
    🙂

  6. Laa…iqbal kawin ngn kirana gak kew..?
    aq ingt dia balek smula kt anisa..=(
    abis tu anisa ngn johari la ek..
    aq lbh ske klu iqbal ngn anisa akhir nyew..ishk

  7. sy terlepas episod terakhir drama ku milikmu di sebabkan kerja overtime…cari punyer cari dlm you tube pun tak ader, dlm tv3 pun tak ader….Jadi sy nak mintak tlg kepada sesiapa yg ingin membantu, macam maner sy nak tgk episode akhir cerita ku milikmu ini melalui internet????

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jom Tonton Filem I’m Not Single

Program Sepanjang Bulan Merdeka di TV3