in

Drama Komedi Bila Otai Bercinta Lakonan Ika Nabila

[dropcap]K[/dropcap]ebiasaanya kita disajikan dengan drama atau filem yang menggandingkan pelakon-pelakon muda yang cantik dan kacak sebagai pelakon utama dengan diselitkan jalan cerita kisah percintaan antara mereka. Begitu pun menerusi sebuah drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bakal menemui penonton mulai 23 April depan mengisi slot Selekta Prima di TV2.

Mustafa Kamal pegang watak Yusuf

Pastikan anda tidak ketinggalan berhibur dan bergelak ketawa dengan drama komedi bertajuk “Bila Otai Bercinta” setiap Selasa, jam 9.30 malam yang mengetengahkan lakonan Mustapha Kamal, Chew Kin Wah, Ika Nabila, Nabil Zamanhuri, Atie AF, Puspha Narayan, dan Mandy Chong dalam 13 episod siarannya.

[pullquote align=”right”]Bila Otai Bercinta Drama bersiri Kongsi Kisah Cinta Berbeza Usia Di TV2[/pullquote]

Kongsikan gelagat mencuit hati bila tiga orang lelaki warga emas yang ingin jatuh cinta sekali lagi dan berhasrat untuk mencari teman hidup. Tiga sahabat tersebut Yusuf, Samantha dan Ah Seng masing-masing telah kembali bujang pada dan kini banyak meluangkan masa bersama-sama.

Yusuf bekerja sebagai Pengurus Restoran, duda anak dua baru bercerai dengan isterinya, 20 tahun lalu setelah dia kembali ke Malaysia. Anak-anaknya kini berada di England dan dibesarkan dengan budaya barat dan tidak pernah menghiraukan nasib ayah mereka.

Samantha pula baru sahaja kehilangan suami kesayangannya akibat kanser hati. Samantha dan mendiang suaminya, Chris diibaratkan Romeo dan Juliet dan kehilangan Chris membuatkan Samantha amat kecewa. Mereka tidak mempunyai anak dari hasil perkahwinan mereka.

Manakala Ah Seng baru sahaja berpisah dengan isterinya akibat dari perangai Ah Seng yang kuat berjudi sampai berhutang keliling pinggang. Kini, Ah Seng menyesal dan terkilan kerana dia kehilangan isterinya. Anak Ah Seng masih cuba untuk menyatukan ibu bapa mereka tetapi isterinya, Molly sudah serik.

Masa berlalu Yusuf terpaksa berhenti kerja apabila dia mendapat serangan sakit jantung. Anak buahnya, Amir mengajaknya tinggal bersama keluarganya. Yusuf keberatan tetapi tidak mempunyai pilihan lain kerana wang simpanannya semakin berkurangan. Doktor Muqaddim mengatakan dia ada peluang hidup selama 3 bulan tetapi kini dia mampu bertahan 6 bulan.

Ketika menerima rawatan di hospital, Yusuf mengenali Rafidah jururawat di hospital sama yang tanpa diduga jatuh hati kepadanya meskipun sedar telah memiliki teman lelaki sebaya. Rafidah jatuh hati kepada Yusuf kerana perwatakannya yang baik dan matang, namun Yusuf tidak mahu meneruskan hubungan mereka kerana risau yang dia boleh meninggal dunia bila-bila masa.

Samantha seorang guru kelas masakan bercita-cita ingin membuka sebuah studio kelas memasak. Pada suatu hari, Samantha bertembung dengan Jimmy di pasar lalu menjadi kawan baik kerana selalu bertukar resipi. Jimmy baru sahaja tamat pengajian kolej dan masih kebudak-budakan.

Jimmy selalu mengajak Samantha keluar bersama rakan-rakan sebaya yang lain seperti berhibur di pusat karaoke, bermain boling dan menonton wayang. Samantha berasa kekok tetapi dia menyukai Jimmy. Secara tidak langsung Samantha telah merubah Jimmy dari seorang yang keanak-anakan menjadi seorang lelaki yang lebih matang dan Jimmy juga agak senang dengan keadaan itu.

Dalam diam Jimmy telah jatuh cinta kepada Samantha. Tanpa membuang masa Jimmy lalu mengajak Samantha berjumpa ibu dan kakaknya. Jimmy ingin melamar Samantha. Keluarga Jimmy menentang hebat tetapi akhirnya Samantha berjaya menambat hati ibu dan kakak Jimmy.

Ah Seng pula selalu merayu kepada bekas isterinya, Molly untuk berkahwin semula dengannya. Molly sebenarnya masih cintakan Ah Seng tetapi mahu memberi pengajaran kepada Ah Seng jadi dia sentiasa menjual mahal pelawaan untuk keluar bersama. Molly ingin mengetahui keikhlasan Ah Seng untuk bersatu kembali.

Molly dan rakan-rakannya kemudiannya bersubahat untuk menghantar seorang wanita muda, Cindy untuk memikat Ah Seng. Ah Seng pada mulanya gembira melayan Cindy dan lupa diri lalu sekali lagi terjebak dengan perjudian. Molly hanya memerhati dari jauh dan sangat kecewa. Yusuf dan Sammy menasihati Ah Seng dan akhirnya Ah Seng sedar bahawa wanita dan berjudi mampu melekakan dan hatinya tetap kepada isterinya, Molly.

Akhirnya, kesihatan Yusuf semakin teruk. Semasa bersama dengan Rafidah, dia mendapat serangan jantung kali kedua. Yusuf menyesal tetapi sudah terlambat kerana ajalnya sudah tiba. Samantha berkahwin dengan Jimmy dan Ah Seng kembali bersama Molly.

Nabil Damanhuri

IKA NABILA pegang watak Rafidah

Mandy Chong ...

Atie AF dalam Bila Otai Bercinta

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maxis Lancar Hotlink Edisi Social Untuk Peminat Media Sosial

Persembahan Hebat Bowl Power Ungguli Bintang Mencari Bintang