in ,

Drama Komedi Bersiri Raya di TV2

BAKAL MENANTU DATANG BERAYA DAN TERES KEMBAR 4 : 2 DRAMA KOMEDI BERSIRI RAYA DI TV2

Hari Raya Aidilfitri ini usah lepaskan peluang berhibur dan bergelak ketawa dengan dua drama komedi bersiri, Bakal Menantu Datang Beraya (21 hingga 24 September 2009, jam 1.00 petang) dan Teres Kembar 4 (19 hingga 22 September 2009, jam 8.30 malam) yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Menerusi 4 episod siarannya, Bakal Menantu Datang Beraya menampilkan watak lucu dan mencuit hati gelagat pemuda bernama Roy yang sanggup menyamar menjadi lelaki kaya semata-mata untuk menarik tumpuan gadis yang diminatinya, Maya. Maya berasal dari keluarga kaya membantu ibunya Kak Kiah mengusahakan butik yang selalu dikunjungi Roy untuk membeli pakaian kasual di situ.

3916008520 A8C1Bcc5B3 O | 4

Maya adalah anak tunggal Kak Kiah dengan suaminya, Abang Mat dan disebabkan itu dia bersungguh-sungguh mahu Maya berkahwin dengan lelaki kaya yang dapat memberi jaminan kehidupan yang senang lenang kelak. Sementara itu Roy sebenarnya pemandu kepada Encik Kamil. Dia selalu menempah pakaian kasual untuk bosnya itu.

Mak Kiah terlalu bangga kerana anak menantunya seorang yang kaya-raya dan selalu menunjuk-nunjuk kepada jirannya, Kak Midah yang memiliki seorang anak gadis dikenali Tasya. Mak Midah bimbang anaknya masih tidak memiliki teman lelaki apatahlagi bila selalu ditakut-takukan Mak Kiah anaknya akan menjadi anak dara tua. Namun di luar pengetahuan mereka, Tasya sebenarnya bercinta dengan Saiful, anak Encik Kamil.

3915223523 F605F6Cd63 O | 5

Ketika tibanya raya, keluarga Saiful mengunjungi rumah keluarga Tasya. Namun mereka terkejut bila melihat kereta kepunyaan Encik Kamil yang dinaiki Roy berada di perkarangan rumah Kak Kiah. Ketika itulah rahsia Roy yang menyamar terbongkar. Lalu apakah yang terjadi seterusnya kepada Roy setelah bakal mertuanya mengetahui perkara sebenar? Bakal Menantu Datang Beraya menampilkan gandingan pelakon Ngasrizal Ngasri, Farah Putri, Ku Faridah Ku Shafie, Aznah Hamid, Tengku Shahira, Ahmad Busu dan Pekin Ibrahim.
 
Kepada anda yang ingin menyaksikan aksi Shiela Mambo, Ning Baizura, Zahida Rafiq dan Fasha Sanda membawakan watak madu empat kepada Tuan Syed lakonan Eman Manan, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan drama komedi mencuit hati, Teres Kembar 4.

Disiarkan 4 episod, plot cerita Teres Kembar 4 bermula di sebuah hospital bersalin di mana Alawiyah, Zailina dan Intan yang sarat mengandung baru saja selesai membuat pemeriksaan kandungan mereka. pulang dari hospital Alawiyah sebagai isteri pertama menyarankan supaya selepas melahirkan anak kali ini, mereka hendaklah ikut giliran mengandung.

Alasannya kerana dia bimbang rumah teres ke empat yang masing kosong akan membuatkan Tuan Syed mencari penghuninya sebagai isteri ke empatnya. Perkara itu dipersetujui Intan sebaliknya ditentang Zailina dengan disokong ibunya, Hendon yang mencuba sedaya upaya agar menantunya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Zailina seorang.

3915222873 Dd4B6Aff98 O | 6

Konflik mula melanda dalam kehidupan mereka apabila Ramadan tiba dan mereka mula mengatur persiapan untuk menyambut lebaran. Mereka masing-masing berlumba-lumba untuk mengadakan yang terbaik bagi menarik perhatian Tuan Syed.

Sementara itu di pejabat Tuan Syed sedang mencari setiausaha yang baru. Ramai calon wanita yang cantik-cantik hadir untuk sesi temu duga termasuklah salah seorang daripadanya Tengku Halimaton Saadiah. Adakah sesuatu yang ditakuti mereka untuk mendapat madu ke empat menjadi kenyataan? Sama-sama kita saksikan kesudahannya menerusi drama bersiri terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd ini.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambut Aidilfitri Bersama Stesen Radio RTM

Gerak Khas Istimewa Hari Raya Aidilfitri