in

DRAMA KELAS NO.1 LAKONAN KHAERYLL BENJAMIN, MOHAMED TOURE, JORGE V CABRERA

SLOT SANTAI : KELAS NO.1 MULAI 04 NOVEMBER 2008, SETIAP SELASA, JAM 09.00 MALAM DI RTM1

Kepada anda peminat setia program komedi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Santai mengajak penonton bergelak ketawa dengan aksi-aksi melucukan berlaku dalam sebuah kelas bahasa yang diikuti 10 orang pelajar dari luar negara.

Pastinya Kelas No.1, slot Santai mulai 04 November 2008, setiap Selasa, jam 09.00 malam di RTM1 sarat dengan pengisian berguna kepada penonton tentang kepentingan bahasa terutama melibatkan keistimewaan penggunaan bahasa Melayu di kalangan penuntut warga asing di negara ini.

2994374264 A43Dfdfa24 | 4

Kelas No.1 terbitan Bright Network Sdn Bhd ini mengetengahkan 13 tajuk berbeza dimulai dengan ‘Hari Pertama’ yang mengisahkan tentang hari pertama Kelas No 1 bermula. Cikgu Norman, guru Bahasa Malaysia yang gementar mahu mengajar untuk pertama kalinya. Cikgu Norman memiliki 10 orang pelajar iaitu Toure’, Jorge, Mariam, Aryana, Aisyah, Yan, Andrew, Namthip, Vegim, dan Blerim.

Cikgu Norman mengajar sedikit sebanyak tentang simpulan bahasa. Cikgu Norman pening kerana pelajar-pelajarnya membuat andaian sendiri terhadap maksud simpulan bahasa itu. Semasa kelas masih berjalan, Andrew bangun dan meminta diri untuk pulang kerana isterinya, Heather takut tinggal keseorangan.

Kelas berakhir pada pukul 10 malam dan Cikgu Norman menyuruh pelajar-pelajarnya balik. Toure’ tidak puas hati kerana dia belum perkenalkan diri dan memberitahu hal itu kepada Cikgu Norman tetapi Cikgu Norman memberitahunya bahawa semua yang berada di dalam kelas itu sudah mengenalinya. Ini menyebabkan Toure’ kecewa.

Kemudiannya diteruskan dengan episod ’Dua Kali Lima’ yang membuka tirai dengan Aryana, Namthip dan Aisyah sedang menonton perlawanan bola di kafeteria. Mereka lebih banyak mengkritik daripada menonton perlawanan itu. Suasana menjadi kecoh. Pada masa yang sama, Yan dan Andrew masuk. Mendengar kekecohan itu, Yan dan Andrew mengatakan bahawa bola itu hanya untuk lelaki. Mereka bergaduh dan Aryana mencabar mereka untuk berlawan. Mereka berhenti bergaduh apabila Zana menyuruh mereka masuk kelas.

Di tempat lain, Toure’ sedang mengorat Embak Shanti. Rancangan Toure’ diganggu oleh Vegim dan Suparman. Semua pelajar telah masuk ke kelas. Cikgu Norman akan memulakan pelajaran dengan perbincangan atau pendapat dan meyuruh pelajar-pelajarnya memberi topik. Berbagai-bagai cadangan yang diberikan menyebabkan kelas menjadi kecoh dan bising.

Topik yang diberikan menimbulkan kekecohan kerana pelajar lelaki dan pelajar perempuan mula bertengkar. Blerim menegur Vegim kerana tidak bercakap bahasa melayu dengan betul tetapi struktur ayat yang digunakan oleh Blerim juga salah menyebabkan Cikgu Norman memberitahu simpulan bahasa yang bermaksud dua kali lima.

Episod seterusnya iaitu menerusi ’Bantahan’ dengan watak Aryana dan Namthip yang tak berpuas hati terhadap Embak Shanti kerana memarahi mereka. Mereka berbincang dan bercadang membuat bantahan terhadap Embak Shanti.

Kelas bermula dan Cikgu Norman mengajar tentang surat kiriman tak rasmi. Cikgu Norman menyuruh pelajar-pelajarnya menulis surat kiriman tak rasmi. Ketika Cikgu Norman meninjau, dia menangkap Jorge dan Toure’ yang saling bertukar-tukar nota. Cikgu Norman menyuruh seseorang untuk membaca nota tersebut dan Aisyah mengangkat tangan. Toure’ berang dengan Aisyah.

Setelah menangkap Jorge dan Toure’ yang bertukar-tukar nota, Cikgu Norman menyuruh Aisyah membaca nota itu. Rupa-rupanya nota itu ialah surat minta maaf Jorge kepada kekasihnya. Cikgu Norman menegur Jorge kerana ayat strukturnya tak betul dan menunjukkan struktur ayat yang betul, Jorge cepat-cepat menyalinnya. Selepas kelas, cikgu Norman berjumpa Encik Kumar di kafeteria. Dia menceritakan masalah dengan pelajar-pelajarnya. Dia hairan kerana Encik Kumar memuji pelajar-pelajar kelasnya.

Aryana masih dengan bantahan terhadap Embak Shanti dan meminta tandatangan dari kawan-kawan perempuannya. Jorge memarahi Toure’ tentang insiden yang berlaku di dalam kelas dan mereka ditertawakan oleh yang lain. Embak Shanti juga telah membuat memo bahawa sesiapa yang memasuki tandas semasa sedang dicuci akan didenda. Cikgu Norman menyuruh pelajar-pelajarnya menghantar surat kiriman tak rasmi. Dia hairan kerana hanya 9 orang yang menghantarnya. Rupa-rupanya Aryana dan Namthip menghantar surat dalam kertas yang sama iaitu surat bantahan terhadap Embak.

Jika anda ingin menyaksikan episod-episod menarik yang seterusnya, jangan lupa temu janji anda menyaksikan 13 episod drama bersiri Kelas No.1, slot Santai, mulai 04 November 2008, setiap Selasa, jam 09.00 malam di RTM1.

Kelas No.1 dijayakan watak-wataknya oleh Khaeryll Benjamin, Mohamed Toure, Jorge V Cabrera, Shahrizan Ahmad, Lain Gray, Geoff A. Feyaerts dan Salma Kader Ahmed Mohamed.

2993526863 310864C028 | 5

2993535947 B8729E5D62 | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cecila Yong Juara So You Think You Can Dance Musim Kedua Menderma

Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat