in ,

DRAMA KANAK-KANAK DAN FILEM ANIMASI SEMPENA MERDEKA

DRAMA KANAK-KANAK DAN FILEM ANIMASI ISTIMEWA SEMPENA MERDEKA DI RTM

Dalam menyuntik semangat kemerdekaan di kalangan penonton-penonton cilik yang masih belum mengenal erti kemerdekaan sebenar, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil inisiatif bertepatan dengan citarasa mereka dengan menghidangkan drama kanak-kanak dan juga animasi menarik tontonan mereka sepanjang cuti hari merdeka ini.

Pastinya kelainan cuba dicetuskan pihak RTM dengan menyiarkan Drama Kanak-Kanak Sabah, Anak-Anak Anek terbitan RTM Sabah yang menemui penonton cilik pada 31 Ogos 2008 (Ahad), jam 02.00 petang di RTM1. 

Kemudiannya menyusul filem animasi menghiburkan The Canterville Ghost disiarkan pada 1 September 2008 (Isnin), jam 09.00 pagi menerusi RTM2 yang ternyata bukan sahaja mampu menarik tumpuan kanak-kanak tetapi juga kepada penggemar-penggemar filem animasi.

Anak-Anak Anek berlatarkan kisah seorang pelakon kanak-kanak cuba melakonkan watak seorang guru yang bertugas mengajar di dalam bilik darjah.

Menariknya apabila turut ditonjolkan babak-babak yang memaparkan kanak-kanak itu melakonkan seorang anggota polis, bomba, doktor dan banyak lagi kerjaya mengikut cita-cita masing-masing.

Pastinya pengisian jalan cerita dipenuhi mesej-mesej cintakan negara yang disampaikan pelakon-pelakon kanak-kanak ini secara bersahaja untuk disampaikan kepada penonton.

Setelah itu keesokkan harinya menerusi RTM2 menyusul filem animasi The Canterville Ghost pastinya menarik golongan penonton yang gemarkan filem animasi di kalangan segenap lapisan masyarakat.

Filem yang diadaptasikan daripada cerita pendek klasik Oscar Wilde ini mengisahkan sebuah keluarga Amerika yang menghuni mahligai berhantu.

Menerusi cerita Halloween klasik ini, hantu dikenali Simon de Canterville ini melakukan apa sahaja untuk menakut-nakutkan keluarga ini. Begitu pun segalanya seolah diterima keluarga ini hinggakan mereka sanggup melakukan pelbagai cara mengekalkan keamanan sebelum keluarga tersebut pindah dan menetap di mahligai itu.

Kejadian misteri yang melanda mahligai itu bermula setelah peristiwa pembunuhan Eleonore, isteri Simon de Canterville yang dipercayai dibunuh oleh suaminya itu.

Pastinya animasi ini mampu menghadirkan pengajaran kepada kanak-kanak dan penonton supaya berani menentang sesuatu demi menegakkan keadilan yang sekaligus menyumbang kepada semangat patrionisme seluruh khalayak penonton.

Jangan lupa janji temu anda memenuhi waktu senggang cuti sempena hari merdeka ini dengan menonton Anak-Anak Anek pada 31 Ogos 2008 (Ahad), jam 02.00 petang di RTM1 dan filem animasi menghiburkan The Canterville Ghost disiarkan pada 1 September 2008 (Isnin), jam 09.00 pagi menerusi RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAZLI ZAINAL, MISHA OMAR, ARE MEER SOFAZ DI ZOOM IN @ RTM BUMI PUSAKA

Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak