in , ,

Drama Intan Sayang Lakonan Rusdi Ramli, Jue Aziz, Shaheizy Sam

SAKSIKAN INTAN SAYANG MANJA DI SLOT CEREKARAMA!

Slot diminti ramai, Cerekarama mendapat tempat di hati penonton apabila berjaya mencapai lebih 3 juta kadar peratusan penonton setiap kali tayangannya. Justeru, sebuah lagi drama bermutu berjudul Intan Sayang Manja terbitan Three Line Media Sdn Bhd akan menemui penonton pada 25 April 2009, jam 10.00 malam di TV3.

Intan Sayang Manja membariskan pelakon terkenal seperti Rusdi Ramli, Jue Aziz, Shaheizy Sam, Ku Faridah, Balkish Semundur Khan, dan Lokman Ghani. Drama ini merupakan hasil arahan pengarah berbakat Shahrulezad Mohamedin manakala olahan skrip oleh Sharifah Faniza Saiyed Yeop.

3440014178 Ed7Bd82Cab O | 4

Sinopsis Drama Intan Sayang

Intan Sayang Manja mengisahkan tentang tiga beradik iaitu Sakinah, Muaz dan Hambali. Muaz merupakan anak sulung sering rasa terpinggir dan terasa hati terhadap Hambali kerana lebih dimanjakan oleh ibu mereka, Hjh Habsah lantaran bimbangkan penyakit lelah adiknya itu. Mereka sering bersengketa kerana perasaan iri hati sehingga menyebabkan perhubungan mereka semakin renggang.

Persengketaan dua beradik ini semakin memuncak apabila Hambali merampas Marissa tunang Muaz. Bagi Hambali, Muaz tidak bersungguh-sungguh mencintai Arissa dan bagi Arissa pula Muaz tidak berterus terang tentang perasaan cintanya membuatkan cintanya beralih arah. Perkara lebih buruk terjadi apabila Hambali mengaku terlanjur dengan Arissa. Ayah mereka terlalu kecewa dan terkejut dengan perbuatan terkutuk Hambali itu telah diserang sakit jantung lantas meninggal dunia. Tertekan dengan peristiwa itu, Muaz membawa hatinya yang terluka dengan kehilangan dua wajah kesayangannya dengan membawa hati ke Budapest, Hungary.

Puas Sakinah memujuk abang kesayangannya itu namun, Muaz tetap dengan pendiriannya.  Hambali ditimpa musibah apabila Arissa dan anak-anak terlibat dalam kemalangan jalanraya yang telah meragut kesemua nyawa. Setelah 5 tahun, Muaz kembali. Persengketaan yang lebih dasyat berlaku dan kini ia melibatkan Sakinah! Apakah musibah yang melanda keluarga ini lagi?

3440013600 Abaa4C19Ae O | 5

3439203389 12C33F575E O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iljimae Lakonan Lee Joon Ki, Han Hyo Joo di 8TV

Gambar Stacy di Anugerah Bintang Popular 2008