in ,

Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3

Sempena menyambut Maulidur Rasul 2008, TV3 menerusi Slot Cerekarama mempersembahkan drama berjudul Ihsan yang akan menemui penonton pada 22 Mac 2008, jam 10.00 malam. Drama hebat ini dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Dynaz, Kuza, Kartina Aziz, Zefrul Nordin, Zamarul Hisham, Abu Bakar Juah dan Kismah.

Drama yang mengajar kita erti keinsafan ini mengisahkan bagaimana manusia menerima balasan di dunia dan azab ketika menghadapi sakratulmaut lantaran mengabai dan menderhaka terhadap ibu sewaktu hayatnya. Pastinya garapan daripada sutradara kreatif Murali Abdullah ini bakal mengundang airmata dan sesalan tambahan pula watak-watak utama didokong oleh barisan pelakon yang berbakat.

Kepada semua pembaca, Budiey ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul.

[tags]cerekarama, maulidur rasul, zanji, marhaban, tv3, Dynaz, Kuza, Kartina Aziz, Zefrul Nordin, Zamarul Hisham, Abu Bakar Juah, Kismah, suara sakaratulmaut, Syida Lizta Amirul Ihsan, sinopsis drama ihsan, ihsan gurik[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Buat Persembahan di Anugerah Bintang Popular 2007

Lagu Tugasan Pelajar Konsert Akademi Fantasia 6 Minggu Pertama