in , ,

Drama Hangat TV3 Kini Dapat Ditonton di iflix Dengan Percuma

iflix, perkhidmatan hiburan digital terbesar di Asia Tenggara, kini membawakan drama-drama hangat TV3 untuk para penggemar hiburan lokal secara percuma, hanya satu jam selepas tayangan televisyen.

Episod terbaru Ajari Playboy Itu kini boleh distrim atau dimuat turun di iflix, dengan percuma. Di samping itu, lebih banyak judul bakal ditambah ke koleksi drama iflix seperti Kariah Cak Pong (mulai 8 Julai), Mimpi Sabrina (mulai 11 Julai), Semua Salahku (mulai 11 Julai), dan Atin, Atan & Mak Cun (mulai 18 Julai), yang dapat ditonton hanya satu jam selepas ditayangkan di televisyen dan boleh ditonton, di mana saja, bila-bila masa – Ikut Suka Hati Anda!

MimpiSabrina-CLN-1200x800

Bermula 12 Julai, koleksi rancangan TV3 yang digemari ramai dan merangkumi pelbagai genre seperti komedi, hiburan, dan program realiti seperti Bukan Untukmu, Diandra, Hujan, Misi Betty, dan Bintang Mencari Bintang, bakal dihimpun dalam sebuah saluran premium berjudul TV3 Ekspres, untuk kemudahan navigasi dan penemuan buat pengguna. 

“Kami percaya yang setiap orang harus diberi kebebasan untuk menikmati hiburan kegemaran mereka, jadi kami cukup berbesar hati membawakan hiburan yang terbaik dari TV3 ke iflix, yang boleh distrim atau dimuat turun dengan percuma, hanya satu jam selepas ditayangkan di televisyen.

“Para penggemar hiburan di Malaysia bakal menikmati lebih banyak judul-judul catch-updan judul klasik dari TV3 di saluran TV3 Ekspres, di iflix tidak lama lagi,”

“Jadi, semua orang boleh (berhibur) Ikut Suka Hati,”

Dinesh Ratnam, Country Manageriflix Malaysia

Penambahan program-program TV3 di iflix adalah sebahagian daripada usaha kerjasama strategik antara iflix dengan Media Prima Berhad, yang bertujuan untuk meningkatkan lebih banyakpenawaranprogram tempatan di platform digital iflix.

Kerjasama ini juga merangkumi rancangan untuk penerbitan program baru serta produksi drama bersama Media Prima. 

Drama Terbaru di iflix (JULAI) 

Ajari-Playboy-Itu-_Poster_HRZ_1920x1080

Ajari Playboy Itu| Mulai 7 Julai | Sabtu – Ahad | 9 malam

Ajari Playboy Itu berkisar tentang Julia (Emma Maembong) dan Hana (Jaja Iliyes) yang geram dengan sikap Haris yang terlalu mudah mengecewakan hati wanita yang menggilainya. Lalu mereka merancang untuk ‘mengajar’ Haris (Fendy Bakry). Namun, apa yang tidak disedari oleh Haris mahupun Hanna, rupanya Julia hanya mahu melempiaskan dendam kerana telah lama menyintai Haris di dalam diam namun tidak mendapat perhatian playboyitu.

Dibintangi oleh Fendy Bakry, Emma Maembong, Luqman Hafidz, Jaja Iliyes, Elly Mazlein, Kilafairy, Shiqin Kamal.

Pengarah: Kyoll Hamzah

Tonton di sini: go.iflix.com/ajariplayboyitu

Kariah-Cak-Pong-_Poster_HRZ_1920x1080

Kariah Cak Pong| Mulai 8 Julai | Isnin – Khamis, 8 malam

Pak Non, Pak Nan dan Pak Nin merupakan barisan AJK Masjid kampung namun segalanya menjadi kacau-bilau. Akibat terlibat dengan pelbagai kontroversi, Pak Nan digugurkan dari jawatannya selaku AJK Masjid, namun kerja dakwahnya tetap diteruskan. Persoalannya, adakah Pak Nan akan kembali ke masjid, setelah Daud dan Murad yang selalu membuat onar di kampung itu, telah ditangkap?

Dibintangi oleh Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi, Razak Ahmad, Amelina, Kuna Muzani, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Hanna Aqeela, Feiyna Tajudin dan Sissy Imann.

Pengarah: Shuhaimi Lua Abdullah

Tonton di sini: go.iflix.com/kariahcakpong

SemuaSalahku_Homepage Banner_Compact 1920x1080-TTX

Semua Salahku| Mulai 11 Julai | Rabu – Jumaat | 11 malam

Mengisahkan Sofea (Fasha Sandha), seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris (Nafiz Muaz). Ketika kecil, bapa Haris telah meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta. Akibat terbeban, Sofea terpaksa bekerja keras untuk menjana pendapatan. Namun, Sofea terlalu sibuk bergaya dan mencari suami yang kaya, sehingga meminggirkan keperluan anak serta ibunya. Haris mula bergaul dengan rakan yang salah dan mula mencuri. Sofea ingin memikat Rosli, yang merupakan seorang pengurus kafe, namun takdir telah menentukan segalanya. Apakah kesudahan yang akan terjadi dalam keluarga ini?

Dibintangi oleh Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiz Muaz dan Nafiez Zaidi.

Pengarah: Along Kamaludin

Tonton di sini: go.iflix.com/semuasalahku

MimpiSabrina-_Poster_HRZ_1920x1080

Mimpi Sabrina| Mulai 11 Julai | Isnin – Khamis | 12 tengah malam

Mimpi Sabrina mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina (Juliana Evans) anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), seorang budak kampung. Namun cinta mereka terputus dipertengahan jalan, setelah Fahrin difitnah dan dipenjarakan atas tuduhan merompak. Demi menyelamatkan perniagaan ayahnya, Sabrina dinikahkan dengan Ridzuan (Josiah Hogan), anak angkat kepada bapa saudaranya. Tujuh tahun telah berlalu, cinta yang berkubur itu mekar semula apabila tanpa sengaja Fahrin dan Sabrina bertemu semula dalam suasana yang cukup berbeza.

Dibintangi oleh Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla, Marisa Yasmin, Amy Mastura, Roy Azman, Jelita Murni, Hamidah Waahab, Ikhram Juhari, Puteri Khareeza, Ilman Saldi.

Pengarah: Nizam Zakaria

Tonton di sini: go.iflix.com/mimpisabrina

Atin, Atan & Mak Cun| Mulai 18 Julai | Isnin – Khamis | 8 malam

Mengisahkan tentang Mak Cun (Erma Fatima) dan cucu-cucunya, Atan dan Atin. Mak Cun belajar Bahasa Mandarin dan begitu teruja untuk memasuki pasaran China. Manisah (Umie Aida) terkejut mendengar Mak Cun ingin ke sana, lalu dia memujuk Mak Cun untuk membawanya bersama. Atin pula teruja bermain ‘sekolah pondok-pondok’. Dia mengajar subjek matematik kepada beberapa budak kampung seperti Amat, Ramu, Fatin, Orkid dan termasuk Atan. Dia mahu kawan-kawannya dan Atan menjadi pandai. Namun, keadaan mula menjadi huru-hara apabila Mak Cun dan Manisah berada di Guangzhou. 

Dibintangi oleh Eirma Fatima, Nur Syamimi, Jay Nazif, Syamim, Dato’ Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, Azizah Mahzan.

Ajari-Playboy-Itu-_Poster_CLN_800x1200
Kariah-Cak-Pong-CLN-1200x800

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik SELAMANYA Usop Trending di Youtube Malaysia

Anak Eizlan Kemalangan