Selepas kemunculan drama bersiri yang hebat seperti Nur Kasih, kini TV3 bakal mempersembahkan sebuah lagi nukilan terbaru, ”GEMILANG” terbitan Filmscape yang akan mula ditayangkan 24 Januari 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam.
Ada desas desus mengatakan mutu penceritaan dan skrip serta jalan cerita drama ini akan memberi saingan kepada pencapaian dan kejayaan yang pernah dicipta oleh Nur Kasih. Namun, berjayakah drama ini memecah rekod rating drama lain di TV3? Segalanya masih tak pasti dan Budiey sendiri tak dapat memberi ulasan lanjut tentang drama ini. Yang pasti, drama Gemilang sememangnya membariskan pelakon yang hebat.
Adakah lagu Gemilang dari Ella akan dijadikan lagu tema?
GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.
GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.
aku bkn bias la kan…tp sejak de cite2 sampah si je-zel(dia srh sebut mcm 2)… aku dh mcm xminat lak nk tgk dia ni g..tp dek de TZ ni,mgkn aku tgk la kot…
camner nak dpt rating cam nur kasih klu tonton.com.my org m’sia yg duk luar dr m’sia pun xleh tgk.. ‘This video is not available in your region!’.. sejak ade tonton ak dah xleh tgk drama kat tv3..
pengarahnyer saper??
ada TZ. confirm la tgk crita ni.
ada shahz …kompom tonton !!!!
pengarah khabir bhatia..tgk kamera pon tau tue khabir yg buat cite..
dah la india..tp wat cite psl melayu dulu2 miskin sampai kena buat 30% kuota bumiputera hoho tabik ah!
best td tgk naim yg jd shah jazli kecik2 …feel habis..sebak je tgk td huhu
tak mungkin nur kasih kalah ditangan cerita gemilang nie.. nak-nye kalah ditangan mamat poyo jaszle nie… OHhhhhhhh!!! TTIIIDAKKKKKK… mmg minat c=buah tangan khabir bhatia tp dgn ada mamat poyo tu maka tertutup lah hati aku nk tgk citer nie… sorry. no offence.
psl Tizz ade I tengok cerita ni, terpaksa menengok muka Jha-zel ada sekali